Sediakan Peluang Rakyat Untuk Tambah Pendapatan.

1656

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Kerajaan sepatutnya menyediakan -peluang untuk rakyat menambah pendapatan sejajar dengan peningkatan kos sara hidup supaya mereka ada lebihan untuk simpanan.

Menurut Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli, ia adalah sangat penting untuk masa depan generasi mendatang.

“ianya mestilah tidak statik tetapi mampu meningkatkan pendapatan berdasarkan keperluan hidup hari ini,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Korban sempena Aidil Adha, PAS Cawangan Balai Besar di sini Sabtu 2 September.

Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Dungun berkata, ada diantara mereka yang membantu keluarga, ibu bapa beberapa tahun sebelum ini, kerana mereka mempunyai tabungan.

Namun kini, mereka gagal berbuat demikian setelah ekonomi yang tidak menentu dan perbelanjaan yang terus meningkat.

“Ditambah lagi dengan cukai yang membebankan, GST dan hari ini ramai rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan yang mencukupi,

“bahkan hutang isirumah dan hutang pendidikan meningkat, ini juga perlu diberi perhatian yang serius,” tegas beliau.

Ustaz Wan juga mengajak rakyat untuk kembali kepada konsep Islam yang berlandaskan keberkatan.

“Dimana lembu-lembu dan kambing samada dikorbankan atau di’akikah’kan meningkat saban tahun, walaupun setiap tahun banyak dikorban tapi setiap tahun meningkat, ini juga keberkatan”,

“Allah juga akan menurunkan keberkatan apabila kita berjuang menegakkan agama Allah dan memastikan pemerintahan Islam seperti yang dikehendaki Allah,“ jelas beliau.

Pada program tersebut, sebanyak tujuh ekor lembu korban telah disembelih dkemudian dagingnya diagih kepada mereka yang memerlukan.