– Tambak Sungai Terengganu Tanpa Kajian E.I.A Dan Hydrologi
KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu dibawah pimpinan Dato’ Seri Idris Jusoh menghabiskan jutaan ringgit wang dana khas hasil duit royalti minyak, untuk mendalam ‘basin’ Pulau Duyong dan muara KualaTerengganu.
Tiba giliran Dato’ Seri Ahmad Said menerajui kerajaan, bukan sahaja dikhuatiri cetek akibat penambakan, bahkan muara KualaTerengganu sudah menjadi sempit.
Ahli Parlimen KualaTerengganu Dato’ Raja Kamrul Bahrin Shah berkata, pada 12 dan 13 November, beliau telah telah bertanya kepada Menteri Kerja Raya dan Menteri Alam Sekitar tentang kerja penambakan Sungai Terengganu yang dilaksanakan tanpa kajian yang di wajibkan, Hydrologi dan Impak AlamSekitar (E.I.A.) yang lengkap.


Sedangkan sebelum itu, menurutnya, beliau telah mendapat pengesahan dari JPS melalui surat bertarikh 4 September,yang menyatakan tiada EIA, tiada hidrologi telah disiapkan untuk projek tersebut.
“ Saya juga telah menerima surat daripada Jabatan Alam Sekitar, 25 September, menyatakan yang sama, bahawa tiada EIA dan ‘hydro study’ telah dijalankan,
“Kedua-dua Menteri tidak memberi jawapan yang memuaskan tentang siapa akan bertanggung jawab jika perkara tak di ingini berlaku kerana tidak mematuhi keperluan kajian-kajian ‘mandatori’,”jelasnya
Oleh itu, Raja Bahrin yang juga seorang arkitek terkenal mempersoalkan, mengapa kedua-dua kajian Hydrologi dan E.I.A. tidak diluluskan terdahulu walhal kerja telah hampir siap?


“Kenapa J.P.S. (Jabatan Perparitan dan Saliran) tidak mengawasi kerja tersebut tetapi J.K.R. pula di tugaskan menjaga projek besar dalam sungai di kawasan penduduk yang padat seramai 150,000 di Parlimen Kuala Terengganu dan lebih 50,000 orang di Parlimen Kuala Nerus,”ujarnya.
Beliau menegaskan, tindakan yang tidak bertanggung jawab pihak berkenaan, akan mengakibatkan situasi yang membahayakan nyawa ratusan ribu penduduk terbabit.
Raja Bahrin turut hairan,mengapakah Jabatan Alam Sekitar tidak mengeluarkan perintah berhenti kerja (Stop Work Order) kepada kontraktor kerana tidak mematuhi syarat yang ditetapkan jabatan.


“hujan lebat dan air pasang besar’ juga diramalkan, dengan berlakunya cuaca luar biasa dengan angin lebih 320 km sejam yang melanda Filipina dan juga cuaca buruk di Vietnam dan China,
“pihak kerajaan sepatutnya lebih peka dan berhati-hati tentang situasi semasa,”kata beliau




























