Saudi Penghalang Kumpulan Islam?

823

Oleh : MNA

Saudi telah menarik keluar dutanya dari Qatar? Tindakan ini diikuti oleh UAE dan juga Bahrain. Mereka memberikan alasan teknikal tetapi sehingga yang diketahui duta-duta itu belum kembali ke Doha.

Saudi adalah satu-satunya negara yang berkongsi sempadan darat dan air dengan Qatar. Dengan kata mudah Qatar terkepung dengan tanah Saudi dan mungkin sedikit sahaja ruang pada sempadan air yang terpisah dengan Saudi iaitu Zon Ekonomi Ekslusif (EEZ) yang boleh Qatar gunakan.

Saudi dengan bangganya mengumumkan secara ugutan untuk menutup sempadannya dengan Qatar. Dan berita yang paling baru ialah Saudi juga mengugut untuk menutup ruang udaranya kepada Qatar

Kedua-dua berita tersebut telah pun tersiar dalam akhbar, menunjukkan betapa seriusnya ugutan yang dibuat Saudi.Boleh rujuk Gulf News atau The Peninsular.

Kenapa hal ini berlaku?

Jawapannya mudah sahaja iaitu kerana Qatar menyokong Morsi dan Ikhwanul Muslimin di Mesir yang telah menang secara sah melalui proses demokrasi dan telah digulingkan secara haram oleh rejim As-Sisi dengan bantuan berbilion Riyal jumlahnya.

Ditambah lagi dengan hukuman mati keatas 529 orang pejuang Ikhwanul Muslimin baru-baru ini dan pengisytiharan Jeneral as-Sisi untuk bertanding sebagai Presiden jelas membuktikan ada agenda jahat disebalik semua itu.

Ada kemungkinan juga tekanan yang diberi oleh Saudi keatas Qatar adalah kerana Qatar adalah satu-satunya negara ketika ini yang menjalankan sistem pemerintahan beraja yang menyerahkan tahta kepada anaknya.

Sheikh-Tamim-bin-HamadSyeikh Hamad al-Thani yang menyerahkan tahta kerajaan kepada anaknya Syeikh Tamim Hamad [Gambar kanan] ketika masih hidup dan ini mungkin menakutkan raja arab lain akan kemungkinan pemberontakan dalaman dalam keluarga mereka bagi tujuan menuntut jawatan raja.

Apapun terserlah sikap sebenar Raja Saudi yang menggelarkan dirinya Penjaga Dua Tanah Haram tetapi berperangai sebaliknya apabila kumpulan Islam dibantu oleh golongan lain yang mana dialah yang menjadi penghalangnya.

Takutlah kita dengan fitnah akhir zaman ini yang datang bagaikan kepingan hitam dimalam gelap gelita yang kita tidak tahu adakah kita juga akan terkena. Amalkan membaca surah al-Kahfi sebagai perlindungan daripada fitnah Dajjal diakhir zaman ini.

Moga kita semua diselamatkan Allah amiin. Wallahua’lam