Satu Undi Kepada Umno Bermakna Satu Undi Menyokong Kezaliman.

387

Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata Umno khususnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka dalam keadaan tertekan akibat tindakan merampas tanah Sekolah Rendah Islam daru Bayan (SRIDB)

“dia (Umno) dalam keadaan ‘defensif’ sekarang, maklumat terbaru Pak Ya (ADUN Paka) sendiri ambil kesempatan (majlis) perasmian mesyuarat agung (PIBG) sekolah-sekolah,

“sepatutnya dia tak hadir tapi dia (minta) untuk hadir dan isu yang dia jawab tidak ada isu lain, isu Sekolah (Rendah Islam Darul Bayan),”jelasnya.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Tindakan DUN Paka berkata demikian dalam majlis taklimat kepada para petugas DUN Paka sempena Lawatan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdil Wahid Endut dan Anggota Dewan Harian Badan Perhubungan PAS Terengganu ke DUN Paka pada Khamis 15 Mac.

Beliau mengarahkan ahli-ahli PAS agar dapat menyampaikan maklumat pelbagai kezaliman Umno khususnya merampas tanah SRIDB yang diberikan kepada lima Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamtan Kampung (JKKK) Kaampung Limbong.

Katanya, setiap rumah harus diberi ingatan bahawa memberikan satu undi kepada Umno bermakna memberi satu sokongan kepada kezaliman.

“ingatan harus diberikan kepada setiap rakyat, tak sewajarnya mereka memberikan undi kepada Umno dan Barisan Nasional (pada PRU akan datang),

“satu undi kepada Umno (bermakna) satu undi menyokong kezaliman dan satu undi menyokong lima JKKK menentang 400 orang pelajar sekolah agama (yang dialimi),”tegasnya.

Turut hadir dalam taklimat tersebut adalh Pesuruhjaya  Haji Mohd Abdul wahid Edut dan Timbalan Pesuruhjaya 2 yang juga ADUN Bukit Tunggal, Dr Alias Razak

Sebelum itu pada sebelah petangnya, Pesuruhjaya PAS dan rombongan telah turun bertemu dan beramah mesra dengan warga DUN Paka dan turut minum petang dan bersantai bersama rakyat di pantai Paka.