Oleh; Ahmad Nazri Khamis
Komposisi kaum di Johor hampir serupa dengan komposisi kaum di Malaysia, untuk itu apabila Barisan Nasional mampu menang di Johor maka Pakatan Rakyat payah untuk menawan Malaysia.
Peningkatan undi Melayu Johor yang memberikan undi kepada PAS dalam PRU13 yang lalu kurang 5% sedangkan undi kaum Tionghua meningkat melepasi 70% kepada Pakatan Rakyat.
53% lebih kaum melayu di Johor belum boleh berubah dan belum berupaya membaca realiti, apakah masalahnya? Jom kita semak satu formula untuk mendepani kemelut itu. Sama-sama kita fikirkan daripada asas di bawah dari perkataan M.E.L.A.Y.U ;
1. M = MALAS ( Malas berfikir, malas membaca dan malas berdiri di atas kaki sendiri seakan-akan menjadi satu tabiat sejak lama )
2. E = EGO ( Sifat Ego yang tinggi dan payah dibuang menjadi penghalang utama kepada keterbukaan )
3. L = LAWAN ( Melayu pantang dicabar, pepatah ‘alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan’ menjadi satu peribahasa klasik kekal yang ‘tidak mengalah’ menggambarkan ‘lawan tetap lawan’)
4. A = ADAT ( Adat dipegang kukuh sehinggakan perkara-perkara yang ‘tidak cukup akal’ pun boleh diamalkan tanpa prejudis )
5. Y = YA atau YES ( Sifat angguk, yes man, taat sungguh kepada pemimpin atau pemerintah sudah sinonim dalam bermasyarakat, Sifat ‘yes man’ banyak melepasi kewarasan fikiran )
6. U = Ugama ( Kuat berpegang kepada amalan ugama walaupun satu ikut-ikutan tanpa ilmu sebagai sandaran )
Kerajaan memilih memperkasakan beberapa asas di atas melalui Baget2014 dan memutar-mutar angka di atas taburan ‘benda’ sama sahaja dengan Baget2013, tanpa pemantauan jelas seakan-akan membolehkan “kecuaian tidak boleh didakwa”. Tahun 2014 kita sama-sama menanti pula LKAN2013, apakah kita akan mengulangi skrip yang sama?






























