Sasaran kerja 120 hari menjelang PRU ke-13

625
KUALA TERENGGANU – Pesuruhjaya PAS Negegri Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkeyakinan pilihanraya umum (PRU) ke-13 akan diadakan dalam tahun 2011 ini juga.

Justeru, beliau menyeru semua pihak dalam PAS Terengganu memberikan fokus kerja memastikan kemenanngan PAS dalam PRU ke-13 tersebut.

“Pimpinan baru (PAS Terengganu) yang diberi amanah baru-baru ini akan berhadapan dengan pilihanraya, jadi fokus kerja kita untuk enam bulan yang akan datang ini, tertumpu kepada pilihanraya,”ujarnya ketika berucap dalam Majlis Iftar bersama Kelab Kakitangan Pejabat Perhubungan PAS Teregganu yang diadakan disini semalam, 3 Ogos.

[Gambar – Haji Wahid bergurau mesra dengan seorang penjual ‘roti John’ di Bazar Ramadhan Pasar Chabang Tiga dalam program pimpinan turun ke bawah]

Walaupun tidak mengetahui secara tepat tarikh tersebut, beliau mensasarkan, PRU ke-13 akan diadakan selewat-lewatnya pada bulan November tahun 2011.

Oleh itu, katanya, tempoh yang ada sehingga waktu tersebut adalah selama 120 hari,

“soal bila pilihanraya, itu bukan kita yang tentukan, ada yang mengatakan akhir tahun ini bulan Oktober, selepas hari raya, atau pun bulan November, ada yang mengatakan bulan Februari atau Mac depan,

“tapi pokoknya, kerja kita mesti fokus dan ‘target’ kita ialah pada tahun ini, kalau ditakdirkan pada (akahir) bulan Oktober, kita ada kurang lebih 120 hari,”jelasnya.

Menurutnya, saf kepimpinan yang baru, yang lebih muda dan lebih bertenaga akan melakukan beberapa pembaharuan dalam ‘approach’ (pendekatan) bagi menghadapi suasana politik dan pilihanraya semasa.

Katanya, berdasarkan perkembangan dan suasana masakini, beliau yakin PAS akan dapat merealisasikan, gagasan ‘PAS Ganti Umno’ dinegeri Terengganu, menang dan memerintah negeri selepas PRU ke-13 akan datang.

Sebelum itu, pada sebelah petangnya, anggota Dewan Harian PAS Terengganu telah turun bertemu dengan orang ramai di Bazar Ramadhan pasar Cabang Tiga.

Disamping mengedarkan taqwim Ramadhan dan risalah penerangan, para pemimpin PAS sendiri ‘menyingsing lengan’ bersemuka dengan rakyat bagi menyelami keadaan sebenar yang berlaku dibawah.

Turut hadir adalah kesemua anggota Dewan Harian termasuk dari sayap Ulamak, Pemuda dan Muslimat.

http://www.youtube.com/watch?v=BLn6HZOEx3Q&feature=channel_video_title