[Lihat Video] Pelbagai program dan aktiviti yang dianjurkan oleh PAS kontinjen PAS Terengganu bersama dengan bahagian UPU Padang Lumat dan Batu 16, dalam usaha mengekalkan kemenangan calon PAS Ustaz Mohd Azam Abdul Samat.
Timbalan Ketua Kontinjen, YB Hanafiah Mat berkata, antaranya adalah sukaneka dan ziarah pelbagai kelompok dikalangan masyarakat.
“kita adakan sukaneka, antara acaranya adalah mengail bawah lima belas tahun, mewarna dan melukis untuk kanak-kanak di bawah lapan tahun, dan juga sukaneka untuk wanita atau muslimat…….. saya dapati sambutannya sangat menggalakkan daripada penduduk setempat,
“gerak kerja PAS Terengganu juga yang ialah program ziarah dari rumah ke rumah, ziarah kepimpinan, ziarah ulamak dan pelbagai kerja-kerja kebajikan,
“Saya rasa ziarah dengan calon memberi peningkatan yang sangat hampir dengan kita,”ujarnya ketika ditemui.
Beliau yang juga ADUN Chukai telah ‘bermukim’ di kawasan peti undi tersebut sejak dua minggu yang lalu.
Katanya, setelah membuat semakan bagi seluruh peti undi terbabit, beliau amat yakin PAS akan mengekalkan kemenangan kerana beliau mendapati, sokongan begitu kuat.
Menurutnya, ia berbeza dengan fenomena pengundi di banyak kawasan dimana pada kebiasaannya, pengundi saluran satu, yang terdiri dari warga emas kebanyakkannya memberi sokongan kepada BN.
Namun katanya, ia berlaku sebaliknya, pada peti undi Padang Lumat dan Batu 16.
“Dan satu yang pelik di sini, orang tua(warga emas) yang berumur tujuh puluh tahun ke atas yang saya temui sehingga lapan puluh lapan tahun, semuanya menyokong PAS, Sebab tu saya yakin kita akan menang di sini.
“setelah saya pusing,(sejak) beberapa hari yang lalu, kerana saya berada di sini sejak sembilan belas hari bulan, sokongannya sangat kuat terhadap PAS,”jelasnya.


























