Salman Al-Awda Ditahan Tanpa Bicara Selama Empat Bulan Sehingga Kini

2048

Seorang ulama Islam yang terkenal telah ditahan oleh Arab Saudi sehingga kini selama empat bulan tanpa sebarang tuduhan dan perbicaraan.

Human Rights Watch (HRW) berkata, pihak berkuasa Arab Saudi menangkap Salman al-Awda (Al-Ouda) pada 7 September dan kemudian mengenakan larangan perjalanan ke atas ahli-ahli keluarganya.

Kumpulan hak asasi yang berpangkalan di AS berkata pada hari Ahad, seorang anggota keluarga Salman memberitahu HRW bahawa beliau ditahan berhubung keengganannya mematuhi suatu perintah oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

Ia berkait arahan agar Salman menghantar satu mesej ‘tweeter’ khusus untuk menyokong sekatan keatas Qatar yang diterajui Arab Saudi.

Sebaliknya, Awda telah menulis teks ‘tweeter’ pada 9 September, katanya, “Tuhan menyelaraskan antara hati mereka untuk kebaikan rakyat mereka”.

”ia disifatkan sebagai satu seruan yang jelas untuk perdamaian antara negara-negara Teluk”, kata HRW dalam satu kenyataan dilaporkan Al-Jazeera.

Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain dan Mesir mengenakan boikot terhadap Qatar pada 5 Jun, dan menuduh Doha membantu ‘pengganas’ serta mempunyai hubungan rapat dengan Iran.

Namun, Qatar menafikan dakwaan tersebut.

Menurut ahli keluarganya yang dipetik oleh HRW berkata, pihak berkuasa hanya membenarkan Salman al-Awda membuat satu panggilan telefon pada bulan Oktober.

“Usaha Putera Mohammad bin Salman untuk reformasi ekonomi dan masyarakat Arab, terikat untuk gagal jika sistem keadilan dan kedaulatan undang-undang (Arab Saudi) mengarahkan penangkapan dan hukuman sewenang-wenangnya,

“Tidak ada justifikasi untuk menghukum ahli keluarga tahanan tanpa menunjukkan walaupun keterangan atau tuduhan itu sedikit salah laku di pihak mereka ,” kata Pengarah Timur Tengah HRW Sarah Leah Whitson.

Menurut HRW, Salman al-Awda adalah antara berpuluh-puluh orang ditahan pada pertengahan bulan September sebagai sebahagian daripada tindakan keras pihak berkuasa Arab Saudi.

Mereka mendakwa tindakan penangkapan itu ialah, “kerana individu terbabit bertindak untuk kepentingan pihak asing terhadap keselamatan kerajaan”.

Arab Saudi turut menjalankan satu lagi gelombang tangkapan pada November terhadap orang yang dituduh rasuah dan memiliki pelbagai hotel lima bintang sehingga mereka bersetuju untuk menyerahkan aset kepada negara itu.

Abang Salman al-Awda, Khaled, juga telah ditahan selepas beliau menulis mesej ‘tweeter’ mengenai penahanan saudaranya, lapor media, dan masa ada dalam tahanan, menurut HRW.

Pihak berkuasa Saudi mengenakan larangan perjalanan keatas 17 orang ahli keluarga Awda, menurut HRW.