DUNGUN – Sudahlah tanah pegangan melayu atau tanah rizab Melayu terlalu sedikit di Tereggganu, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno) pula ‘menjual maruah’ dengan menukar milik tanah yang diberikan kerajaan.
Timbalan Pesuruhjaya (I) PAS Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, tanah di lokasi Kampung Cacar dan Tebing Tembah Mukim Kuala Paka, kini menjadi milik orang Cina setelah Umno cawangan terbabit menyerahkan kepada bukan Melayu itu.
“Apa yang ingin kami paparkan disini adalah salah satu daripada tanah yang di rizabkan untuk orang Melayu ataupun yang disebut tanah kurang daripada dua ekar yang telah dipohon,
“dan diberi serta diserahkan kepada Umno Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ((Umno) cawangan Tebing Tembah yang kemudian,
“akhirnya sudah dipindah milikkan dan sekarang telah bertukar tangan kepada bukan bumiputera,” ujarnya.
Menurutnya, kerajaan yang dipimpin oleh Umno juga meluluskan pindaan kepada Seksyen 9 Enakmen Tanah Rizab Melayu Terengganu dibuat pada Persidangan Dewan Undangan Negeri, Mei tahun lalu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka itu berkata, tidak benar dakwaan ADUN Bandar Azan Ismail bahawa PAS tidak membantah pindaan yang memberi kuasa kepada Umno menukar status tanah rizab atau pegangan orang Melayu.
“Ini daripada apa yang kita pernah bantah dan pernah kita sebutkan, ungkitkan dalam sidang DUN Dewan Undangan Negeri Terengganu yang telah memberi kelulusan kepada Umno atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu,
“untuk mendapat ditukar nama rizab orang melayu ataupun di Terengganu orang panggil tanah pegangan orang melayu untuk ditukar nama kepada Umno,” tegas Ustaz Satiful.
Katanya, daripada carian rasmi menurut syeksen 385 Kanun Tanah Negara menujukkan bukti bahawa tanah yang asal merupakan milik Pertubuhan Melayu Umno cawangan Tebing tembah yang sudah ditukar nama menjadi bukan milik bumiputera lagi.
“Ini salah satu daripada contoh pengkhianatanlah Umno terhadap tanah rizab (atau) pegangan Melayu di Terengganu,
“dan ini bukan kes yang pertama tapi ini yang jelas di hadapan mata kita bagaimana yang sepatutnya tidak diberikan ataupun ditukarkan (milik) kepada selain daripada Melayu,” jelas beliau.
Justeru itu beliau berharap, rakyat negeri ini sedar akan tindakan Umno yang ‘menggadai’ maruah orang Melayu itu.
“Dan taraf pegangan pajakan selama 60 tahun dan kita harap supaya rakyat sedar dan celik mata perkara ini,
“Umno bukan sebuah parti yang kita boleh harapkan untuk membela hak orang melayu dan menggambarkan Umno sendiri khianat kepada tanah pegangan Melayu,” tambah beliau.