Rumah Terbuka Pemimpin PAS; Kehadiran diluar jangkaan!

901

– ‘Mood’ rakyat begitu meyakinkan!
KUALA TERENGGANU – Ahli Dewan Undanga Negeri (ADUN) Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar tidak menduga begitu ramai yang berkunjung ke rumahnya apabila beliau mengadakan majlis rumah terbuka sempena Eidul Fitri semalam.

Beliau mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada sahabat handai dan rakan taulan yang ‘bertali arus’ sejak 1 Syawal lagi.

“Saya mengucap rasa syukur kepada Allah dan terima kasih kepada semua yang hadir, diluar jangkaan, mereka datang sejak 1 syawal,

“sampai jam 2.30 pagi, mereka sendiri membakar satay, tak cukup tangan,”ujarnya ketika ditemui di rumahnya pada Rabu 31 Ogos.

Menurut seorang petugas, Zulkifli Ahmad, lebih 5000 orang hadir ke rumah Dato’ Tengku Hassan yang juga Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Kuala Terengganu.

Suasana yang serupa berlaku di rumah Pesuruhjaya PAS Terengganu, YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut yang turut mengadakan majlis rumah terbuka pada 2 Syawal.

“AlhamduliLlah, pada tahun ini sambutan meriah, walaupun kita sambut (secara) sederhana tapi memang meriah, rakyat dari segenap lapisan hadir sempena rumah terbuka yang diadakan,”katanya ketika di temui Buletinonline di rumahnyanya, di Kampung Durian Burung dekat sini.

Katanya, antara tetamu yang hadir termasuk dari masyarakat Tionghua dan kaum India yang sama-sama meraikan sambutan Eidul Fitri.

Menurutnya, berdasarkan kehadiran dan ‘mood’ orang ramai yang hadir, begitu meyakinkan sokongan yang akan diberikan kepada PAS dan Pakatan rakyat menjelang pilihanraya umum ke-13 akan datang.

“Kalau tengok dari ‘respons’ (orang ramai) itu, dan ‘mood’ rakyat tu, nampaknya AlhamduliLlah, ‘convincing’ (amat) meyakinkan,”jelasnya.

Beliau yang juga ADUN Wakaf Memepalam dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata, rakyat mengharapkan satu perubahan ke arah yang lebih baik.

“Mereka mengharapkan Pakatan Rakyat menang dan kembali menerajui negeri Terengganu pada kali ini,”tambahnya.