Keputusan Mahkamah di Mesir yang mengharamkan semua aktiviti Ikhwan Muslim serta badan-badan yang bergabung denganya adalah mengikut telunjuk pemimpin ‘kudeta’ yang kejam Abdul Fattah Al Sisi dengan tujuan untuk menghukum Ikhwan Muslimin.
Keputusan Mahkamah Mesir itu bukan hanya menghukum para penyokong ‘demokrasi’ malah tindakan terbaru itu sedang membunuh dan mematikan harapan seluruh rakyat Mesir kepada revolusi 2011 yang menghumban ‘kuku besi’ Hosni Mubarak selama 30 tahun terhadap Mesir.
Selepas merampas kuasa, mengguling Presiden Morsi, Presiden Mesir yang pertama yang dipilih secara telus melalui sistem demokrasi, tentera Mesir telah melakukan tindakan paling kejam membakar masjid, menyekat kebebasan dengan menguatkuasakan ‘darurat’ dan membunuh ribuan rakyat Mesir sejak 14 Ogos lalu.
Presiden Mohammed Morsi dan ratusan pemimpin Ikhwan al-Muslimin telah ditahan dan dipenjarakan tanpa bicara. pula masih ditahan dan tidak dibenarkan bebas sehingga ke hari ini. Apakah kesalahan Mohamed Morsi dan pemimpin serta ahli-ahli Ikhwan Muslimin terhadap rakyat Mesir sehingga gerakan Islam itu diharamkan?
Keganasan apakah yang dilakukan sehingga semua aktiviti Ikhwan diharamkan? Apakah dengan mengetengahkan dasar persaudaraan serta perpaduan Islam maka Ikhwan perlu dihukum sedemikian rupa?
Tindakan ini menunjukkan dengan jelas bahawa kerajaan kudeta Mesir mengikut telunjuk Barat disamping akur dengan kehendak Israel. Kerajaan rejim Mesir pada hari ini adalah sama dengan diktator Hosni Mubarak yang memerintah Mesir 30 tahun lamanya. Wajarlah rejim pemerintahan Mesir dikutuk, dihina dan dicerca masyarakat antarabangsa atas sikap mereka.
Dewann Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak kerajaan Malaysia, Liga Arab serta negara-negara Islam OIC mengambil tindakan tegas terhadap kerajaan kudeta Mesir.
DPPM juga mendesak agar kerajaan Mesir mengkaji balik keputusan tersebut dengam mengambil kira maslahat dan pandangan rakyat Mesir.
Hakikatnya rakyat Mesir lebih memerlukan Ikhwan Muslimin di negaranya dan mahu terus bersama denagn pertubuhan yang menaungi lebih sejuta rakyat di negara tersebut.
***artikel diatas adalah keyataa media Naib Ketua DPPM, Dr Raja Ahmad aL Hiss



























