Ratu cantik langgar syariat!!…….bina badan macamana??

1901

Pemuda PAS menyambut baik langkah kerajaan menghalang wanita Islam mengambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik baru-baru ini, bahkan memuji kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang menegaskan, penyertaan wanita Muslim dalam pertandingan ratu cantik adalah diharamkan Majlis Fatwa Kebangsaan walaupun mereka tidak memperagakan baju mandi.

“Ianya jelas menunjukkan bahawa fatwa adalah sesuatu yang bukan boleh dibuat main dan ianya dikeluarkan untuk menjaga maslahah dan kepentingan umat Islam itu sendiri (dan) isu penyertaan orang Islam dalam pertandingan ratu cantik ini sekali lagi menjadi polemik selepas kontroversi yang melanda pada tahun 1997 yang menyaksikan pemecatan bekas mufti Selangor, Allahyarham Datuk Ishak Baharom,

O“…….polemik isu penyertaan ratu cantik ini, (sepatutnya) pihak berkuasa Majlis Agama Islam seharusnya melihat penguatkuasaan dalam sudut yang lebih besar lagi dalam negara kita (iaitu) Syariat mewajibkan seseorang muslim yang telah akil baligh untuk menutup auratnya dari pandangan orang yang bukan muhrimnya (kerana) aurat bagi seorang perempuan Islam adalah semua tubuhnya kecuali muka dan tapak tangannya manakala bagi seorang lelaki Islam adalah di antara pusat dan lututnya,”ujar Yusapiza Yaacob, Ketua Penerangan Pemuda Wilayah Persekutuan

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu muslim dan ratu cantik dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada pihak media pagi ini, Selasa 30 Julai.

Disebalik itu, menurut beliau, yang menjadi persoalan kini ialah bagaimana pula dengan pertandingan bina badan yang rata-ratanya disertai oleh kaum lelaki?

Katanya, pertandingan bina badan tidak jauh bezanya dengan pertandingan ratu cantik ini, kerana kedua-duanya memakai pakaian yang jelas membuka aurat dan ditayangkan di khalayak ramai, bahkan bina badan mensyaratkan hanya memakai seluar dalam sahaja untuk bertanding.

“Apakah berlakunya kes ‘double standard’ dalam kedua-dua pertandingan ini? Semua pihak memandang sepi apabila berita mengenai seorang lelaki muslim di negara ini memenangi pertandingan bina badan di peringkat antarabangsa,

“tetapi lain pula situasinya apabila seorang perempuan muslim memasuki pertandingan ratu cantik. Walhal kedua-duanya adalah sama haram!,”soalnya.