Rakyat Kena GST, Pelabur China ‘Free’

1988

KUALA TERENGGANU – Rakyat hidup menderita dan tertekan akibat dasar Umno dan Barisan Nasional (BN) mengenakan Sistem Cukai dan Perkhidmatan (GST), tidak kira pada yang muda atau tua.

Mantan Ahli dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Dato’ Haji Tengku hAssan Tengku Omar berkata, cukai GST menekankan rakyat daripada kecil hingga besar dan bayi serta orang mati pun dikenakan.

Tetapi katanya, apabila pelabur China datang laksanakan projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) dikecualikan pula darupada membayar GST.

“Apabila kita selami kehidupan mereka dengan cara masuk kampung dengan menziarahi rakyat dan tengok keadaan yang sungguh sedih,

“Kisah sedih yang berlaku dimana kita pergi pasar, orang kampung nak beli ikan itu bertangguh,duk milih…. nak beli sekilo ikan… nak bayar nak cekup dua tiga ekor bayar,

“Dan apabila kita datang mereka akan minta bantuan dan bila diberitahu ada yang menangis serta hiba menerima sumbangan daripada kami,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media dalam program komentar petang bersama calon N15 DUN Ladang, Isnin, 23 April.

Katanya , ada sesuatu yang tak kena dengan kerajaan yang diperintah oleh Umno BN sehingga banyak benda yang berlaku bukan untuk meningkatkan kehidupan malah membebankan rakyat.

“sebab itu saya rasa bertanggungjawab untuk terus membela masyarakat dan khususnya di DUN Ladang agar rakyat terus terbela,

“Dan insya Allah sekiranya menang kita akan ke Wisma Darul Iman untuk memerintah negeri Terengganu,”ujarnya lagi.

Beliau merupakan calon PAS N15 DUN Ladang berumur 51 tahun dan dilahirkan di Kerteh, Kemaman serta mempunyai seorang isteri bernama Aida Tengah.

Dato’ Tengku Hassan mula pendidikan di Sekolah Menengah Sultan ismail, Kemaman dan Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu kemudian melajutkan pengajian di Universiti Malaysia (Ekonomi), University Of Nottingham, United kingdom (District Administraction), serta berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi University Malaysia pada tahun 1975.

Dahulunya beliau bekerja sebagai Pegawai Kewangan Negeri Terengganu dan ADUN Ladang darii tahun 2013 hingga April 2018 serta kegiatan politik beliau sebagai AJK Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (EX OFFICIO).

Beliau berpengalaman sebagai Pegawai Kewangan, Pengarah Tanah dan Galian (PTG), Pengarah Unit perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), Timbalan Setiausahakerajaan (Pembangunan), Pesuruhjaya Hal Ehwal Negara (JHEAT), Ketua Pegawai Eksekutif,majlis Agama Islam &Adat melayu (MAIDAM), Pegawai Daerah Besut, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Perjawat & Perkhidmatan), Ketua Penolong Pentadbir Tanah Hulu Terengganu, Ketua penolong pegawai Daerah Hulu Terengganu, Pegawai Projek Kanan, INTAN Wilayah Timur,Kemaman dan Penolong Pengarah Unit perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Terengganu.

Selain itu, syarikat berkaitan kerajaan yang beliau ceburi ialah Pengerusi A &W Malaysia, Singapura, Thailand, Pengerusi Terengganu Safety Training Centre (TSTC), Penegerusi Eksekutif, Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Timbalan Pengerusi Terengganu Advanced Techinal Institute (TATI), Ahli Lembaga Pengarah, Eastern Pasific industrial Corporation (EPIC), Ahli Lembaga Pengarah TDM Plantation, Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Takaful Malaysia, dan Ahli lembaga pengarah KUSZA.