SETIU – Masyarakat pada hari ini tidak lagi bersembunyi malah mengisytiharkan diri sebagai ahli dan sedar untuk lihat perubahan demi kesejahteraan generasi hari ini serta akan datang.
Exco Dewan pemuda PAS Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Shafizi Ismail berkata, setiap ahli dan penyokong PAS perlu ada istiqamah dalam diri agar tidak mudah dibeli dan lari dari perjuangan parti.
“Perjuangan yang ikhlas untuk melihat negeri dan negara ditadbir berpandukan syariat Islam melalui pimpinan dari kalangan Ulama’ dan ustaz,
“Tidak akan wujud satu pun alasan untuk kita (tidak) terus bersama jemaah untuk berkerja dan berusaha memenangkan parti,”katanya.
Beliau yang juga calon N08 Batu Rakit berkata demikian dalam pelancaran markaz Unit Peti Undi (UPU) Darat Batu Rakit dan Markaz Pemuda UPU Batu Rakit di Tanjung pada Selasa, 24 April.
Katanya, beliau lebih bersemangat apabila melihat kehadiran salah seorang pimpinan lama iaitu Al-Fadhil Ustaz Nik Razin Nik Mat hadir walaupun dalam keuzuran dengan menggunakan wheelchair masih bersemangat memberikan sokongan kepada parti PAS.
Beliau merupakan anak kelahiran Kampung Bukit Cempaka, Batu Rakit berusia 34 tahun mempunyai seorang isteri bernama Ustazah Umi Masmira Binti Mat Ali berpendidikan dalam BA – Syariah Islamiah dan dikurniakan lima orang cahaya mata masing-masing adalah dua lelaki dan tiga perempuan.
Ustaz Mohd Shafizi Ismail mula mendapat pendidikan di Sekolah Rendah di Madrasah Darul Taqwa Batu 6 dan Sekolah Menengah di Maahad Darul Quran, Rusila, Marang.
Kemudian beliau menyambung pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Islamic Studies (BA – Hons) di European Institute of Human Sciences (EIHS) Wales United Kindom dan Sarjana Syariah Islamiah di American Open University Hayyu Asyier, Kaherah, Mesir.
Beliau berpengalaman menjadi Guru di Maahad Darul Quran, Rusila, Marang, Pengerusi Sektor Tarbiyah MDQ, Guru di Madrasah Darul Taqwa Batu 6, Da’ei di Sekitar Negeri Terengganu, Jawatankuasa Pelaksana Himpunan Antarabangsa Kesatuan Ummah dan Pembantu Sekretariat Kesatuan Ulama Islam Sedunia Syeikh Wanis El-Mabruk di Malaysia.
Ustaz Mohd Shafizi Ismail melibatkan diri dalam politik sebagai Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT), Timbalan Ketua Lajnah Dakwah Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT), Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Setiu (DPPKS), Penolong Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Batu Rakit, Ketua Penyelaras Pemuda PAS DUN (PPD) Batu Rakit, Ketua Pemuda PAS Cawangan Bukit Cempaka dan Mantan Setiausaha PAS Cawangan Bukit Cempaka.
Pengalaman dan perkhidmatan beliau di luar negara Yang Di Pertua (YDP) Keluarga Penuntut Terengganu Mesir, Penasihat Keluarga Penuntut Terengganu Mesir, Ketua BIRO Dakwah Keluarga Penuntut Terengganu Mesir, Mengetuai Pelajar Terengganu Mesir dalam Misi Bantuan GAZA di Kaherah, Mesir dan Ketua HIZBI Kawasan Lampeter U.K. EXCO KAPTIES U.K. Imam dan Khatib di Masjid EIHS Wales U.K.
Selain daripada itu, beliau berkhidmat dalam Khidmat kebajikan dan kemasyarakatan (NGO) sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Sahabat Care Terengganu dan AJK Batu Rakit Care.










