Raja Bahrin Bertanding Wakili PAS di Kuala Terengganu

621
http://buletinonline.net/images/stories/aberita20/raja%20bahrin.png

Pengumuman beliau dipetik Harakahdaily pada satu sidang media di Pusat Media, Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut hari ini Selasa 9 April.

Pengumuman tersebut menamatkan spekulasi umum dan teka teki berkenaan status Raja Bahrin yang telah mula bergerak di kawasan parlimen tersebut sejak hujung tahun lalu.

Sehingga minggu lalu, beliau sendiri tidak mengesahkan berkenaan pemilihan beliau sebagai bakal calon parlimen Kuala Terengganu, walau pun beberapa pihak telah mengisytiharkan beliau sebagai calon.