Pulang Berhari Raya dan Pulang Juga Untuk Berpilihan Raya

914
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita1/UstHusinPerantau.jpg

Menurut Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Husin Awang, semua pihak yakin dengan hasrat dan cita-cita PAS untuk mengambil alih pemerintahan negeri Terengganu dan Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya.

Beliau berkata riak perkembangan yang berlaku dalam masyarakat memperlihatkan perubahan sedang berlaku.

“Harapan dan cita-cita untuk mencatat sekali sejarah yanag dicapai pada 1999 lalu ada, dan riak dalam masyarakat semua peringkat sedang kelihatan dan (dengan) jelas perubahan (akan berlaku) sekali lagi,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Ramah Mesra Sempena Eidul Fitri berama anak-anak Terengganu di perantauan yang diadakan di Markaz Tarbiah PAS Kuala Terengganu dekat sini pada malam 2 Syawal Isnin, 21 Ogos.

Cuma, kata beliau, ada sedikit perbezaan antara gelombang yang berlaku pada 1999 dengan apa yang sedang dihadapi sekarang.

Menurutnya, pada zaman Reformasi tahun 1999, berubahan yang berlaku di pantai Barat dibawa balik ke kampung-kampung oleh anak-anak muda di perantauan secara terang-terangan.

Namun begitu beliau tidak menafikan ada ‘gelombang tersembunyi’ yang tidak kelihatan sedang ‘bergelojak’ berlaku pada masakini.

Oleh itu, beliau yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri kerajaan Terengganu 1999 – 2004 mahu anak-anak Terengganu di Perantauan memastikan supaya Terengganu tidak ‘tercicir’ dari sejarah perubahan yang akan tercatat.

Justeru, beliau menyeru seluruh Perantau agar bersiap untuk pulang kembali ke negeri Terengganu selepas ‘balik kampung’ pada hari raya ini, bagi bersama-sama berpilihanraya.