Usaha terbaru Yayasan Amal Terengganu dengan kerjasama para pelajar Malaysia di Jordan telah berjaya membuka sebuah lagi pusat pendidikan bagi membantu anak-anak pelarian Syria.


Dengan kedudukan kem-kem kecil pelarian yang agak banyak sekitar bandar al-Mafraq, Jordan, agihan bantuan tersebut sukar untuk dilaksanakan.
Oleh itu melalui projek ‘Edu4Syria’, beliau berkata, usaha ditumpukan bagi memberikan khidmat pendidikan, selain memulihkan emosi meraka yang mengalami ‘trauma’ akibat peperangan.
“sebeum ini kami fokuskan kepada memberikan bantuan makanan kepada kem-kem, tapi kita nampak benda ni susah.


Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas bersama deligasi Yayasan Amal Terengganu mengunjungi dan menyampaikan bantuan ke sebuah kem pelarian rakyat Syria pada Khamis, 9 Oktober
Katanya, sambutan dan bantuan yang memberangsangkan, meluaskan lagi usaha pendidikan tersebut dengan membuka kelas pra-sekolah bagi kanank-kanak yang berumur 5 hingga 6 tahun.
“jadi bila mereka pergi ke sekolah, ianya menjadi satu persediaan pada budak-budak (pra) sekolah. dan antara budak-budak yang kita ambil ialah budak yang belajar di gereja di sini,


Beliau berkata, pada peringkat pra-sekolah, unsaha mendidik anak-anak ‘malang’ itu lebihkepada pemulihan mental mereka.
Manakala, bagi peringkat sekolah, kata beliau, sebanyak lima mata pelajaran yang diajar termasuk matematik dan al-Quran.
“(bagi pra-sekolah) adalah lebih kepada sudut pemulihan mental akibat peperangan yang menyebabkan mereka trauma.
“jadi budak-budak besar (sekolah) kita ada lima matapelajaran yang diajar (iaiatu) matematik, bahasa arab, al-quran, seni dan bahasa Inggeris,”jelasnya.


Oleh itu, beliau menyeru, terutamanya kepada rakyat Malaysia agar dapat menyumbang samada dalam bentuk tenaga dan wang ringgit bagi menyokong usaha tersebut.
“saya menyeru (agar) rakyat Malaysia bersama-samalah kita bantu mereka……… kerana kerja ini bukan untuk kita (lakukan) seorangkerana ini kerja orang Islam,
“kerana masalah yang berlaku ini membabitkan saudara (SeIslam) kita. marilah sama-sama kita bantu dari segi dana dan apa jua bentuk bantuan……..in sha Allah,”ujar beliau
http://youtu.be/dubbCpCyvEg?list=UUHUY6hxgBZ0oRyY28yPJk8Q



























