Projek benteng pemecah ombak RM1.5 juta tak selesai…….

667

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly mempersoalkan kenyataan Ahmad yang secara tiba-tiba menaikkan kos membina banteng pemecah ombak kepada RM350 juta.

“Mula-mula dia kata kerajaan negeri peruntukkan RM1.5 juta, kerajaan Pusat akan tambah RM10 juta, bagi projek pemecah ombak untuk menghalang hakisan pantai Teluk Lipat,

“hok tu pun dok selesai lagi, mari pulok bajet baru RM350 juta,”ujarnya ketika ditemui selepas majlis Dailog Jabatan Kerajaan dan Swasta serta NGO yang diadakan di sini, pada Isnin 9 Januari (Gambar).

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar tempatan pada 3 Januari lalu yang menyebut Ahmad sebagai berkata, peruntukan sebanyak RM350 juta diperlukan bagi membina benteng pemecah ombak.

Ahmad memberi komen mengenai keadaan jalan di kawasan peranginan Teluk Lipat, Dungun yang rosak akibat kejadian hakisan.

ADUN Kijal itu mengaku, perancangan dan kajian telah dibuat namun kerajaan negeri tidak mampu dan terpaksa bergantung pada kerajaan pusat.

Sehubungan itu, Ustaz Wan Hassan berkata, rakyat mesti membuat perubahan dalam pilihanraya akan datang kerana Menteri Besar sendiri telah mengaku tidak mampu untuk mentadbir kerajaan negeri Terengganu.

“Kalau dah buat rancangan, dah buat kajian, mengapa tiba-tiba kos naik mendadak sehingga 200 kali ganda? Apa rancangan Ahmad sebenarnya?

“kalau dah tak mampu lagi nak mentadbir negeri, tak tahu nak mengurus kewangan, hanya bergantung kepaa kerajaan pusat, lebih baik tukar sahaja kerajaan Umno kepada kerajaan PAS,”jelasnya.

Wan Hassan selaku Yang DiPertua PAS Dungun juga berkata, bukan hanya projek banteng pemecah ombak tetapi banyak projek yang tidak mampu dilaksanakan oleh kerajaan Umno/BN Terengganu.

Antaranya kata beliau, pembinaan jalan sejauh 2.17 km yang tak siap-siap sejak 4 tahun lalu, janji membina hospital baru dan juga janji membina velodrom.

“Bukan Mad Said saja yang janji, Timbalan Perdana Menteri janji nak buat hospital, sampai le ni tak buat, Menteri Sukan janji nak buat Velodrom pun sampai le ni senyap sunyi,”tambahnya

Turut hadir dalam Dailog tersebut adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat dan Setiausaha merangkap Pegerusi JKS & NGO, Haji Yahaya Ali

Berita terkait;
Hakisan Pantai Teluk Lipat; Mana janji Zaabar nak buat benteng pemecah ombak RM1.5 juta