PRK Sungai Limau; PAS Masih Mendahului 2000 Undi

1102

Pengarah Piliharaya Kecil DUN Sungai Limau, Datuk MahfuZ Omar meletakkan sasaran ‘lantai’ manjoriti kemenangan PAS adalah 500 undi.

Namun begitu sehingga kelmarin, semaa yang telah dibuat menunjukkan PAS masih mendahului dengan aggaran kemenangan sebanyak 2000 undi.

20131101_092948Pengarah Jabatan Piliharaya PAS Terengganu YB Ariffin Deraman menjangka, PAS akan mengekalkan kemenangan pada kedua-dua daerah mengundi yang diamanahkan kepada PAS Terengganu, sekaigus mengekalkan kemenangan DUN Sungai Limau.

“Insya Allah dengan suasana yang ada (hari) ni kita nampak boleh kekalkan kemenanghan lah……….. untuk keseluruhan DUN pun mengikut maklumat (yang saya perolehi)

“kita masih lagi mendahului lah sekitar dalam dua ribu undi setakat ini…….insya Allah, walaupun kita tengok serangan BN (bertalu-tau),”ujarnya

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Hari Keluarga yang dianjurkan olek Kontingen Pasukan Pembatu jentera piliharaya dari negeri Terengganu.

“Program kita hari ni, kita buat hari ni adalah hari keluarga, istilah kita, kita nak kepung pengundi-pengudi kita. Oleh kerana pengundi ni kita ada kekuatan untuk kita menang lima undi dengan satu seorang (menjaga) empat pengundi,”jelasnya.

20131101_093133jadi dua peti undi ni kita mengadakan program khusus untuk ahli kita dan juga pengundi-pengundi atas pagar lah untuk beberapa hari sebelum mengundi ni. ,”jelasnya

Beliau yang juga ADUN Alor Limbat turut melahirkan ras kesal kerana Umno dan BN yang terus-terusan menggunakan jentera dan agemsi kerajaan dalam berkempen.

“Memang dia guna jabatan kerajaan pusat dan negeri untuk menarik pengundi dengan kewangan yang sangat banyak………… tidak dinafikan ada terjejas tetapi tidak besar lah.

“Memang pilihanraya kecil ni, mereka menggunakan terlalu banyak sumber kewangan, mereka cuba tarik dengan wang walaupun kita rasa walaupun terjejas sedikit tetapi kita boleh menang, insya Allah,”katanya yakin.