PRK Manek Urai; Pemuda Yakin Pertahan Kemenangan Peti Undi Laloh

2186

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/06/simpanglaloh.jpgKetua Urusan Pengundi Muda DUN Manek Urai, Mohd Zamri Hassan berkata kemenangan sebanyak 187 undi di UPU Laloh akan dapat ditingkatkan dengan pelbagai program yang dirancang.

“InsyaAllah, kita akan mempertahankan kemenangan di Peti Undi Laloh dan juga kemenangan PAS dalam DUN Manek Urai,

“kita yakin kemenangan sebanyak 187 undi di peti undi ini (Laloh) sekurang-kurangnya akan kekal,  bahkan mungkin akan bertambah,”katanya ketika di temui dekat Bilik Operasi UPU Laloh, Kampung Laloh, di sini semalam.

Beliau berkata beberapa program besar pra-penamaan calon, akan diadakan termasuk Pesta Sukan PASTI Negeri Kelantan yang akan diadakan pada 11 Jun (hari ini) di Padang Awam Majlis Daerah Dabong di Kampung Laloh.http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/06/zamri.jpg

Menurutnya terdapat dua kampung besar dalam UPU Laloh iaitu Kampung Laloh dan Kampung Sungai Rek dan beberapa kampung kecil  iaitu Lebor, lela Jasa dan Pecah Pulai.

Pengundi dalam UPU Laloh, katanya, berjumlah 1600 orang dan akan membuang undi di Sekolah Menengah Laloh, di Kampung Laloh.http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/06/UPULaloh.jpg

Tinjauan ke UPU Laloh adalah berikutan makluman dari Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS Negeri (JPN) Terengganu, bahawa kontingen PAS Terengganu akan ditempatkan di UPU tersebut bagi membantu jentera pilihanraya PAS Kelantan.

Walau bagaimana pun, Ariffin Deraman yang dihubungi Buletin Online kelmarin berkata JPN Terengganu akan bermesyuarat dengan pihak negeri Kelantan pada Sabtu 13 Jun.

“Berapa ramai petugas, skop tugas dan bila mula bertugas akan diketahui selaps mesyuarat dengan JPN Kelantan,”katanya.http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/06/sukanpasti.jpg

Sementara itu, tinjauan Buletinonline ke DUN Manek Urai mendapati persiapan awal pilihanraya telah pun dibuat
.

Markaz Induk yang terletak di jalan utama Kuala Kerai ke gua Musang mula dikunjungi para petugas manakala bilik-bilik operasi bagi UPU Lata Rek dan  UPU Laloh telah mula dibuka.

Bilik Operasi UPU Laloh telah dibuka dengan rasminya mulai semalam, selepas satu majlis dihadiri oleh ADUN Galas, Che Hashim semalam.

Justeru untuk  ‘pemanas suasana’, bendera PAS telah pun dinaikkan dibeberapa tempat strategik, menjelang hari penamaan calon pada 6hb Julai depan. 

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/06/markazinduk.jpg



Klik Untuk Lihat;

Bagaimana ke Manek Urai dan Peti Undi Laloh

Peta Peti Undi Laloh

Lihat Slide