Terengganu, Malaysia

Jangan Harapkan Pujian Manusia, Ikhlaskan Khidmat Kerana Allah

Jangan Harapkan Pujian Manusia, Ikhlaskan Khidmat Kerana Allah

KUALA TERENGGANU – Anggota Jabatan Amal Malaysia diingatkan supaya sentiasa mengikhlaskan niat dalam setiap khidmat yang diberikan serta tidak mengharapkan pujian atau pengiktirafan manusia dalam melaksanakan tanggungjawab.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Haji Husaian Awang berkata, setiap anggota perlu menjauhi sifat ujub, sentiasa bersangka baik kepada Allah SWT dan istiqamah dalam melakukan amal kebajikan demi agama, masyarakat serta jemaah.

Menurutnya, setiap keringat yang dicurahkan, masa yang dikorbankan dan kesusahan yang ditempuh dalam melaksanakan khidmat perlu dilakukan dengan niat semata-mata kerana Allah SWT.

“Ikhlaskan niat dalam bekerja, elakkan sifat ujub dan sentiasa bersangka baik kepada Allah untuk terus istiqamah dalam perjuangan

“Jangan pernah mengharapkan pujian manusia dalam beramal.

“Cukuplah Allah SWT menjadi saksi setiap keringat yang dicurahkan, setiap masa yang dikorbankan dan setiap kesusahan yang ditempuh demi membantu agama, masyarakat dan jemaah,” jelasnya.

Jangan Harapkan Pujian Manusia, Ikhlaskan Khidmat Kerana Allah

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan pesanan kepada anggota Jabatan Amal Malaysia pada program Himpunan dan Majlis Makan Malam Jabatan Amal Negeri Terengganu, pada khamis.

Tambahnya, Jabatan Amal bukan sekadar pasukan yang hadir apabila diperlukan, sebaliknya merupakan barisan yang perlu sentiasa bersedia memberikan khidmat dengan mengutamakan disiplin, akhlak dan semangat pengorbanan.

Justeru, beliau berharap setiap khidmat yang dilaksanakan menjadi amal soleh, setiap pengorbanan dikira sebagai ibadah dan seluruh anggota terus istiqamah dalam perjuangan dengan menjadikan keikhlasan sebagai asas utama.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan