Politik Kebencian Merosakan Mahathir Dan Konco-Konconya

1441

Oleh : ‘Bayang Di Air’

Setelah pencalonan tidak diterima oleh sebahagian ahli Pakatan Harapan sendiri, Dr Mahathir mengalih isu dengan mengaitkan PAS dengan calon Perdana Menteri (PM).

Dalam sidang media selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya semalam, mantan PM itu mempersoalkan kecenderungan PAS sama ada berminat untuk mengekalkan Najib atau memilih calon Pakatan Harapan itu sebagai PM.

Mengulas perkara tersebut, ADUN Chukai, YB Haji Hanafiah Mat mengingatkan pemimpin ‘masa lalu’ yang menjangkau usia 93 tahun itu agar menumpukan baki kehidupan dengan beribadat dan mengunjungi surau masjid.

“Berhentilah bercakap tentang politik adu domba. Pintu kubur sudah terlalu dekat dengan Mahathir. Setiap kali beliau bercakap, Mahathir hanya melahirkan kejahilan tentang Islam.

“Sejak berkuasa selama 22 tahun sampai bersara Mahathir tak habis-habis menentang perjuangan PAS,” kata Haji Hanafiah.

“Mahathir mengatakan Tuan Guru Haji Hadi sebagai pengkhianat semata-mata kerana Tuan Guru tidak mengikut telunjuk politik beliau. Inilah yang menyebabkan Mahathir berdendam dan menyerang peribadi Tuan Guru.

“Pada hal, dasar PAS tak pernah berubah. PAS tetap menentang UMNO/Barisan Nasional sejak dulu hinggalah sekarang,” tambah beliau.

Mengulas tentang politik fitnah A.Kadir Jasin yang menggunakan ‘hearsay’ sebagai bahan tohmahan perjanjian sulit antara PM dengan Presiden PAS, Hanafiah bertegas bahawa itu adalah cerita karut yang terus dimainkan sejak isu UG lagi.

Dakwaan Kadir Jasin hanyalah ingin menebar kesangsian kepada rakyat. Ini amat tidak bertanggungjawab dan bercanggah dengan politik Islam.

Sebelum ini, Mahfuz yang bagaikan gila talak mempertikaikan usaha PAS untuk menang 40 kerusi Parlimen.

Dalam hal ini, Haji Hanafiah berkata, “ siapa Mahfuz untuk masuk campur dalam urusan PAS. PAS lebih tahu tentang kelemahan dan kekuatannya. Sepatutnya Mahfuz lebih tahu tentang PAS kerana dia sudah lama berada dalam PAS .”

“PAS akan bertanding lebih daripada 130 kerusi. Apa maknanya ini kalau tidak bertujuan untuk menumbangkan Barisan nasional. Mahfuz kena faham bahawa 40 kerusi hanyalah target minimum PAS.

“PAS tidak pernah bercakap takabur seperti mana orang gila yang berebut-rebut kerusi PM sedangkan jentera akar umbinya mengharapkan ihsan orang,” ujar beliau lagi.