Pertubuhan Bangsa-bangsa Berrsatu (PBB) melahirkan kebimbangan terhadap perjanjian kepulangan pelarian Rohingya yang dipersetujui oleh Myanmar dan Bangladesh.
PBB setiausaha Agung Antonio Guterres berkata, agensi pelarian badan dunia itu tidak dirujuk dalam persetujuan memulangkan jutaan Rohingya Islam yang kini berlindung di Bangladesh.
“Kami percaya ia akan menjadi sangat penting untuk UNHCR terlibat sepenuhnya dalam operasi bagi menjamin bahawa operasi mematuhi piawaian antarabangsa,” kata Guterres pada sidang media di ibu pejabat PBB semalam.
Perjanjian, dimuktamadkan di ibu negara Myanmar Naypyidaw minggu ini, menetapkan tempoh dua tahun untuk penghantaran balik Rohingya.
Guterres, yang berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi pelarian selama 10 tahun berkata agensi pelarian PBB telah berunding mengenai perjanjian itu tetapi bukan sebagai pihak yang telibat untuk rancangan penghantaran pulang.
Menurutnya, ia akan melibatkan sekurang-kurangnya 750,000 Rohingya yang melarikan diri ke Bangladesh berikutan dua tindakan keras tentera Myanmar di negeri Rakhine utara Myanmar pada Oktober 2016 dan Ogos tahun lepas.
Guterres berkata adalah amat penting agar kepulangan dilakukan secara sukarela dengan warga Rohingya dibenarkan kembali ke rumah asal mereka dan bukan ke dalam kem-kem yang dipaksa keatas mereka.
“Yang paling teruk adalah untuk memulangkan orang-orang (Rohingya) dari kem-kem di Bangladesh ke kem-kem di Myanmar (pula),” kata Guterres yang bercakap kepada wartawan selepas menyampaikan keutamaan kerja beliau bagi 2018 kepada Perhimpunan Agung PBB.
Negara-negara yang menjadi anggota PBB telah meluluskan satu resolusi mengutuk keganasan yang berlaku di negeri Rakhine dan menggesa Guterres dilantik menjadi duta khas ke Myanmar.
Antara 650,000 hingga satu juta Rohingya telah melarikan diri sejak Myanmar melancarkan operasi ketenteraan di negeri Rakhine pada akhir Ogos 2017.