PGU 5.0……Sejarah Kemenangan Akan Berulang di Dun Jabi

1228
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita3/gotong%20royong%20pgu051.jpg

para pencinta perjuangan Islam  dalam rangka untuk menjadikan himpunan raksasa ini gelombang yang akan menyapu saki-baki dan sisa-sisa daki  perjuangan Umno.

Fokus utama tentunya di ‘Dataran PGU Jabi’ yang terletak di tepi jalan utama, di tengah-tengah Pekan Jabi bersebelahan dengan  Dewan Sivik Jabi. Di atas tapak seluas empat ekar inilah akan berpusat segala aktiviti dan pengisian program selama 2 hari 2 malam tersebut. Bagi pihak pimpinan Dun Jabi, saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh jentera MTD, Pemuda, Muslimat dan Ulama’ Dun yang telah menunjukkan keazaman dan kesungguhan yang tinggi, sama-sama ‘menyising lengan’ turun ke Dataran dalam siri-siri program gotong royong yang diadakan.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita3/gotong%20royong%20pgu052.jpgSeorang veteran PAS Jabi, mesra dipanggil Pak Ku Wei yang turut hadir ke tapak program bagi memberikan semangat kepada anak-anak muda yang bermandi peluh pada pagi Jumaat lalu membisikkan kepada saya, “Pak Ku tengok, suasana kerjasama lagu ni, macam suasana masa kita nak menang tahun 1999 dulu. Masa tahun 2004… bila kita panggil kerja, adalah sorang dua keluar. Gambaran nak kalah memang kita nampak doh ketika tu, insyaAllah… sejarah 1999 akan berulang…” Luah beliau penuh yakin. Sebagai anak muda yang masih bertatih di arena politik, sokongan dan dokongan orang-orang tua yang penuh dengan pengalaman dan pahit maung di medan juang amat-amat disanjung dan dihargai.

Masih terbayang bagaimana ramai di kalangan sahabat-sahabat pimpinan Dun termenung panjang dan menyuarakan kebimbangan ketika saya mengumumkan, Jabi akan menjadi tuan rumah PGU 5.0 dalam satu mesyuarat Dun kira-kira 3 bulan lepas. Kini… Segala kebimbangan dan keraguan ramai akan kemampuan Jabi untuk menjadi tuan rumah suatu acara yang begitu berprestij ini telah semakin menipis hari demi hari. Malah masing-masing sudah tidak sabar lagi menunggu tarikh 5 dan 6 Oktober ini. Dengan rasa tawadduk, tapi bangga… amanah Badan Perhubungan Pas Negeri Terengganu ini sebenarnya mencatat sejarah baru di Dun Jabi kerana inilah program terbesar yang pernah dianjurkan di sini dan saya berulang kali mengingatkan rakan-rakan pimpinan Dun bahawa kita semua akan menjadi sebahagian dari kejayaan ini. Semoga ianya akan dicatatkan oleh Allah sebagai amal soleh yang akan menjadi bekal untuk kita mengadap Allah nanti.

Sumbangan yang diterima bukan hanya setakat tenaga, malah wang ringgit, peralatan, bahan-bahan sehingga kepada lembu dan kerbau. Malam semalam apabila selesai mesyuarat Dun, seorang anggota keselamatan Dun menyuarakan hasratnya, “Bila wat masuk peralatan dan barang-barang ke tapak program, ambo bersedia untuk bertugas bila-bila masa untuk jaga keselamatan, umno ni bukan boleh wat kira sangat…”

Mendengarnya… saya teringat kembali akan bisikan Pak Ku Wei pada Jumaat lepas……….