Oleh; Haji Jofri Jaraiee
Pengangkutan bas awam di dalam bandaraya Miri dikendali oleh syarikat Bas Bandar Miri. Terminal utama bas terletak di Jalan Padang di hadapan Wisma Pelita Tunku dan Park Hotel.
Bas-bas bandar meliputi pusat bandar dan kawasan pinggir bandar dan pada umumnya tiada jadual bagi setiap laluan bas tetapi kekerapan perkhidmatan umumnya setiap 15 hingga 30 minit, bergantung kepada kawasan di pinggir bandar.
Kebanyakan bas berhawa dingin, walaupun kadang-kadang ia mungkin tidak berfungsi dengan baik. Seseorang boleh membayar tambang dalam bas dari konduktor tiket. Anda hanya perlu memberitahu mereka ke mana ia pergi dan mereka akan memberitahu anda berapa banyak yang anda perlu bayar. Pastikan anda mempunyai cukup duit syiling untuk pertukaran.
Masalah pengangkutan awam seperti bas di bandaraya Miri sekarang menghadapi masalah kekurangan penumpang. Ramai yang tinggal di kawasan bandar mempunyai kenderaan sendiri untuk pergi ke tempat kerja dan juga menghantar anak ke sekolah.
Kami menerima aduan dari seorang penduduk di kawasan Krokop memberitahu pihak kami yang syarikat pengangkutan bas Miri akan menghentikan operasinya di kawasan Krokop kerana kekurangan penumpang.
Menurut beliau kebanyakan penumpang bas terdiri dari golongan pekerja dan golongan warga emas dimana mereka ini amat memerlukan pengangkutan untuk ke tempat kerja dan juga ke pasar yang berdekatan.
Menurutnya lagi, golongan ini berharap pihak syarikat pengangkutan bas Miri perlu mempertimbangkan pemintaan mereka, kalau boleh pihak syarikat boleh meneruskan operasi mereka dengan 3 kali sehari seperti pada waktu pagi, tengahari dan petang.
Kita mengesa pihak syarikat pengangkutan bas Miri dapat mempertimbangkan pemintaan penumpang bas yang masih memerlukan perkhidmatan mereka ini. Pihak pengangkutan awam boleh meningkatkan lagi perkhidmatan mereka dengan cara yang lebih berkesan supaya dapat menarik lebih ramai penumpang menggunakan perkhidmatan mereka.
Pengangkutan awam masih diperlukan oleh penduduk bandaraya Miri terutama golongan yang kurang berkemampuan dan mereka yang bekerja di kilang-kilang, sekolah serta mereka yang ingin ke pasar untuk membeli barang keperluan. Maka tingkatkan perkhidmatan pengangkutan awam dan ianya sudah pasti menarik lebih ramai orang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam sekiranya dikendali dengan baik dan berkesan.
****Haji Jofri Jaraiee adalah Timbalan Pesuruhjaya III PAS Sarawak merangkap Yang DiPertua PAS Kawasan Miri






























