KUALA TERENGGANU – Felda Global Ventures Bhd (FGV) telah bercadang untuk membeli baki 51% daripada Felda Holdings Bhd untuk RM2.2bil kerana ia bertujuan untuk mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas rantaian ladang keseluruhan.
FGV berkata pada hari Jumaat ia akan membeli kepentingan, yang terdiri daripada 112,190,000 saham daripada Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd (KPF) atau wang tunai RM2.2bil dan pembiayaan adalah daripada hasil yang diperoleh daripada tawaran awam permulaan dan pinjaman.


Ketua Penerangan Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) Nazara Muda berkata, pembelian saham itu memberi implikasi yang besar kerana, tiada lagi kepentingan ‘suara peneroka’ dalam syarikat perniagaan yang diasaskan oleh Felda itu.
“Ayuh seluruh peneroka…….. tinggal kan dahulu politik kepartian. Bangkit dan gunakanlah apa jua ‘platfrom’ yang ada untuk halang penyerahan ini. Ini adalah rampasan halus dan lembut tanpa ada semangat mempertahankan tanah Melayu terbesar.
“Saya yakin pihak pengurusan felda di arah ‘tutup mulut’ dalam hal ini,”ujarnya
Beliau berkata, nasib peneroka Felda dirundung malang sekali lagi, setelah penyenaraian FGV pada bursa saham yang menggadaikan kepentingan tanah-tanah peneroka.
Katanya, jika pembelian saham KPF oleh FGV itu berlaku, tiada apa lagi yang boleh dibaggakan oleh para peneroka.
“Ini bermakna jika tawaran ini berlaku maka KPF tiada apa – apa lagi kepentingan…….. segala urusniaga dalam kumpulan Felda yang selama ini kita warga Felda berasa bangga dan yang amat mendukacikan tiada sumber pendapatan KPF dari Felda Holding Berhad,”ujar Nazara yang juga merupakan anak peneroka Felda.
Akhirnya, tegas beliau, legasi KPF akan terkubur dan cita-cita mantan Perdana Menteri Tun Abdul Razak yang juga bapa kepada Najib untuk melihat generasi peneroka terus maju hanyalah satu angan-angan kosong.



























