Pendidikan Islam mesti menjadi subjek teras

926

Pendidikan Islam perlu dijadikan syarat mendapat sijil bagi para pelajar Islam memandangkan kemerosotan kefahaman Islam yang berlaku dikalagan generasi muda.

Oleh itu kita dapat melihat bagaimana keadaan tersebut menyebabkan berlakunya pelbagai gejala negatif dikalangan umat Islam

Antaranya adalah gejala kerosakan aqidah yang membawa kepada gejala riddah atau murtad.

Oleh kerana tidak adanya benteng ‘aqidah’ yang mantap, kesan kurangnya kefahaman Islam, ramai yang secara sedar atau tidak menjadi golongan yang terkeluar dari Islam.

Selain itu, oleh kerana Pendidikan Islam hanyalah saru subjek pilihan yang bukan menjadi wajib, ia tidak diutamakan, malah dikesampingkan.

Oleh sebab itu telah berlaku pelbagai kemusnahan akhlak dan moral dikalaangan generai muda kerana ‘rapuh’nya pegangan mereka terhadap agama Islam.

Kita didedahkan dengan fakta dan angka dari hasil kajian pelbagai pihak, betapa ramainya anak-anak kita, anak-anak orang Islam yang tidak menunaikan solat atau sembahyang.

Mereka tidak menunaikan solat sesetengahnya, bukan mereka tidak mahu bersembahyang, tetapi mereka tidak tahu ‘kaifiat’ solat itu.

Lebih teruk lagi ada diantara anak-anak orang Islam, orang Melayu beragama Islam, oleh kerana hanya mementingkan subjek-subjek teras yang menjadi wajib untuk peperiksaan, meninggalkan keutamaan mempelajari jawi dan al-Quran.

Bagaimana kita juga didedahkan betapa ramainya dikalangan mereka yang tidak tahu membaca al-Quran.

Justeru saya menyokong sepenuhnya usul supaya Pendidikan Islam itu dijadikan subjek teras yang menjadi syarat bagi mendapat sijil, kepada orang-orang Melayu yang berugama Islam.

Disamping itu program J-Qaf yang kini di perkenalkan di sekolah-sekolah rendah perlu diteruskan pengajiannya di peringkat Menengah supaya ada keseimbangan didalam pembentukan sakhsiah pelajar.

Ramai diantara kita yang merasa amat terkejut apabila kerajaan menjadikan sejarah sebagai satu subjek wajib tetapi tidak menjadikan agama Islam, agama yang menjadi asas kehidupan dan pegangan orang Melayu Islam sebagai satu subjek wajib.

Jelas sekali betapa pemikiran pemimpin Umno, yang mengaku sebagai orang Melayu dan beragama Islam, meninggalkan suatu keperluan dan mengambil perkara ‘bukan asas’ kerana kepentingan politik mereka.

Tujuannya tidak lain dan tidak bukan, hanyalah supaya rakyat terus menyokong Umno.

Pada hal pendidikan Islam itu amat penting untuk kehidupan dunia dan akhirat dan lebih penting untuk menjamin kesejahteraan rakyat.

Ia juga adalah penawar paling mujarab kepada segala penyakit sosial yang sedang ‘mengancam’ keselamatan negara yang berlaku bukan hanya di kalangan ramaja Islam bahkan kepada golongan yang dianggap profesional, pentadbir dan pengurus dalam segala bidang kerajaan dan swasta masakini.

Oleh itu, PAS Kawasan Besut menyokong usul Dewan Muslimat PAS Pusat untuk mendesak kerajaan Malaysia menjadikan Pndidikan Islam sebagai pelajaran teras yang menjadi syarat wajib bagi persijilan Kementerian Pelajaran

*** Penulis (gambar – baju melayu hijau muda) adalah Timbalan Yang DiPertua PAS Besut, yang berucap menyokong Usul di kemukakan Dewan Muslimat pada Muktamar PAS ke-57 baru-baru ini