Oleh : DMS
SETIU – Jabatan (Unit) Amal PAS Setiu meneruskan usaha mencari seorang lagi mangsa lemas, Mohd Wafiq Mohd Noor di Pantai Rhu Sepuluh dekat sini untuk hari ke empat.


Beliau sampai bersama lima orang ahli keluarganya ke lokasi dari Batu Pahat Johor pada hari kedua 22 Disember laludan kini tinggal di sebuah homestay di Kampung Penarik.
Semalam, Rabu 23 Disember, PAS Kawasan Setiu telah mengadakan solat hajat di lokasi yang diimamkan oleh Ahli Jawatankuasanya Ustaz Zulbahri Abdul Rahman.
“Solat hajat ini adalah usaha kit untuk bermunajat kepada Allah mohon diberi petunjuk agar mangsa lemas adik Muhamad Wafiq bin Mohd Noor berjaya ditemui,”ujarnya.


Menurut Zulbahri yang juga Ketua Lujnah Dakwah PAS Setiu, ia telah diadakan dua kali termasuk disalah satu tempat yang terlihat suatu objek yang di sangkakan mangsa serta di lokasi kejadian, di pantai itu.
Sehubungan itu Ketua Operasi ‘Ops Ombak’ Unit Amal Mohd Fahmi Izzudin berkata usaha pencarian hari ini melibatkan lapan unit papan luncur, satu unit paramotor dan satu unit jetski di samping rondaan di lakukkan dengan bantuan empat buah bot gentian nelayan tempatan.
“semalam kita tidak membuat rondaan kerana sebahagian anggota dan relawan kita terlalu letih,


Menurutnya, cuaca hari dan semalam dalam keadaan yang baik namun masih belum menampakkan sebarang petunjuk kedudukan mangsa yang lemas ketika mandi manda pada hari Isnin,bersama 13 orang yang lain.
Seorang dari tiga mangsa yang lemas telah berjaya di selamat, manakala mayat mangsa kedua Mohamad Naim Adnan, 17, ditemui terapung kira-kira tujuh kilometer dari tempat kejadian pada jam 11.30 pagi Selasa.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Setiu DSP Elias Abu Bakar berkata, radius operasi mencari dan menyelamat (SAR) diperluaskan pada jarak lima kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.


“Selain melakukan rondaan di laut kita juga meneruskan operasi mengesan mangsa di sepanjang pesisir pantai dan hari ini kita menggunakan unit udara bagi mengesan mangsa.
“Jadi kami memperluaskan kawasan pencarian merangkumi kawasan darat dan laut kerana dikhuatiri mangsa dihanyutkan arus dan terdampar di pesisir pantai,” katanya kepada Bernama di sini, semalam Rabu.



























