Hanya Pilihan Raya Negeri yang baru adalah untuk jalan keluar daripada krisis politik Perak ini. Disebabkan itulah mereka tidak mahu untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri yang baru kerana ingin terus memerintah walaupun rakyat negeri Perak telah menolak mereka semasa Pilihan Raya Umum ke-12 tahun lepas.
DPPN Pk juga telah mengutuskan satu surat kepada Pemuda Umno supaya pertemuan dapat diadakan segera untuk menyelesaikan krisis politik ini jika mereka benar-benar ikhlas untuk mengutamakan rakyat yang masih memerlukan Kerajaan Pakatan Rakyat untuk mentadbir negeri ini.
DPPN Pk sekali lagi mendesak supaya DUN Perak dibubarkan segera bagi rakyat menghakiminya sekali lagi demi memelihara dan kesejahteraan Negeri Perak.
SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.