Pembersihan Etnik Rohingya Berterusan

2969

Penolong Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mendakwa pembersihan etnik Rohingya berterusan berlaku di negeri Rakhine di Myanmar dan memberi amaran tentang kemungkinan berlakunya ‘pembunuhan beramai-ramai’.

“Akhirnya, dunia tidak boleh membenarkan pelaku pembersihan yang kejam ini dan ramai yang mempercayai ia mungkin merupakan pembunuhan beramai-ramai, akan dihukum,” kata Andrew Gilmour pada hari Selasa

Beliau berkata demikian pada hari terakhir lawatannya empat hari ke Bangladesh, negara di mana Rohingya telah melarikan diri dari Myanmar sejak Ogos lepas.

“Pemulangan Rohingya ke tanah air dan negara mereka akan diperlukan, kerana mereka akan menjadi saksi terhadap jenayah terhadap kemanusiaan yang mungkin telah dilakukan terhadap mereka,” kata Gilmour dalam satu kenyataan.

Beliau memaklumkan, perbandaran Maungdaw di Myanmar di sempadan Bangladesh telah banyak dikosongkan penduduk Rohingya dan berkata pendatang baru ke Bangladesh telah datang dari perbandaran lebih jauh ke pedalaman.

“Pembersihan etnik Rohingya dari Myanmar berterusan, saya tidak fikir kita dapat membuat kesimpulan lain dari apa yang saya lihat dan didengar di Cox’s Bazar,”

“Sifat keganasan itu telah berubah dari pertumpahan darah dan rogol beramai-ramai tahun lalu kepada kempen keganasan dan kebuluran yang dirancang untuk memacu Rohingya yang masih tersisa meniggalkan rumah mereka ke Bangladesh,” jelas Gilmour.

Beliau berkata, pemerintah Myanmar mengendali keganasan yang meluas dan sistematik terhadap Rohingya, sibuk memberitahu dunia bahawa ia bersedia menerima Rohingya yang kembali,.

Namun, pada masa yang sama pasukan tenteranya terus melakukan kezaliman yang memacu Rohingya ke Bangladesh.

Katanya, pengembalian Rohingya dengan selamat, bermaruah dan telus, tentu saja mustahil dalam keadaan semasa.

”Perbincangan sekarang harus memberi tumpuan kepada menghentikan keganasan di negara Rakhine, memastikan kebertanggungjawaban keatas para pelaku keganasan,

”dan keperluan Myanmar untuk mewujudkan keadaan kondusif untuk mereka pulang,” kata Gilmour.

Myanmar dan Bangladesh menandatangani perjanjian penghantaran balik bagi pelarian awal tahun ini, tetapi pihak berkuasa di Myanmar enggan membenarkan mana-mana badan antarabangsa termasuk PBB untuk mengawasi proses tersebut.

Rohingya, yang digambarkan oleh PBB sebagai ‘orang yang paling dianiaya di dunia’, telah menghadapi ketakutan serangan yang semakin meningkat sejak berpuluh-puluh orang terbunuh dalam keganasan komunal pada tahun 2012.

Sejak 25 Ogos, 2017, lebih daripada 750,000 pelarian, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita, telah melarikan diri dari Myanmar dan menyeberang ke Bangladesh selepas pasukan Myanmar melancarkan serangan terhadap komuniti minoriti Muslim,.

Menurut Amnesty International, mereka melarikan diri operasi ketenteraan di mana pasukan keselamatan dan perusuh Buddha membunuh lelaki, wanita dan kanak-kanak, menjarah rumah dan membakar kampung Rohingya.

Sekurang-kurangnya 9,000 Rohingya terbunuh di negeri Rakhine dari 25 Ogos hingga 24 September tahun lepas, menurut agensi ‘Doktor Tanpa Batasan’.

Dalam sebuah laporan yang diterbitkan pada 12 Disember 2017, organisasi kemanusiaan global berkata sebanyak 71.7 peratus kematian atau 6,700 orang Rohingya dibunuh disebabkan oleh keganasan kejam, termasuk 730 kanak-kanak di bawah umur lima tahun.

PBB telah mendokumentasikan rompakan ‘geng berkumpulan’, pembunuhan termasuk bayi dan anak-anak, pemukulan ganas dan penghilangan manusia yang dilakukan oleh anggota keselamatan Myanmar.

Dalam satu laporan, penyiasat PBB mengatakan pelanggaran tersebut mungkin merupakan jenayah terhadap kemanusiaan.

Sementara itu, Jurucakap PBB Rupert Colville dalam sidang berita di Geneva juga menekankan, keadaan di Myanmar, boleh menjadi satu lagi episod pembunhuan beramai-ramai.