Pembaziran tersebut berpunca dari kerajaan negeri gagal membuat kajian komprehensif sebelum melaksanakan projek tersebut.
(Gambar – penyerahan bas yang ‘tersadai’ kepada sebuah sekolah, gambar fail SUK)
Laporan Ketua Audit Negara menyatakan kajian sedemikian adalah sangat perlu bagi mengelakkan kegagalan mencapai objektif.
Menurut laporan tersebut, Setiausaha kerajaan negeri telah melantik dua syarikat membekalkan bas-bas tersebut pada tahun 2007.
Kemudian, pada bulan Februari tahun ini, Kerajaan negeri memutuskan untuk mengagih-agihkan 18 buah bas itu kepada beberapa agensi dan jabatan.
Laporan Ketua Audit turut menyebut syarikat berkaitan kerajaan yang dilantik bagi melaksanakan perkhidmatan bas tersebut juga diapati tidak memiliki pengalaman mengendalikan perkhidmatan pengangkutan.
Berdasarkan laporan Setiausaha Kerajaan negeri, audit juga menemui kos pengendalian dua Proton Perdana V6 adalah lebih tinggi dari membelinya.
Sejumlah RM308, 731 telah dibelanjakan untuk dua knderaan tersebut yang dibeli dengan harga RM234,054.
Auditor tidak dapat menganalisa kos yang timbul kerana Suruhanjaya Pencegahan Anti Rasuah (SPRM) telah merampas fail-fail berkenaan.
Laporan Ketua Audit Negara juga mendapati penyelewengan penggunaan kad pegisian bahanapi berlaku di pejabat Setiausaha kerajaan negeri dan Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri.
Kerajaan negeri ditegur oleh Ketua Audit supaya sentiasa memantau aktiviti-aktiviti sayarikat berkaitan kerajaan bagi memastikan mereka melaksanakan amalan pengurusan koporat yang baik, mematuhi peraturan, memperolehi keuntungan dan membayar dividen kepada negeri.