Peludah Warna; warna kuning racun berbisa

993

Selepas puisi Unggun Bersih, puisi yang disifatkan oleh Sasterawan Negara A.Samad Said telah menjadi senjata, bila mana beliau dipanggil oleh Bukit Aman untuk diambil keterangan kerana membacanya dalam pelancaran Bersih.

Kini Pak Samad menulis sebuah lagi puisi yang berbisa, ekoran penangkapan para penyokong Bersih dan baju Bersih yang diharamkan oleh kerajaan Malaysia.

Ikuti puisinya yang bertanjuk ‘Peludah warna”.

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

1. 7. 11. A. SAMAD SAID

Dengar sendiri dari Pak Samad klik sini