Pedulikan Sidang DUN, Beralih Pada Sidang Kongres Rakyat

1586

KUALA TERENGGANU – ‘Speaker’ Kongres Rakyat Terengganu Wan Zainuddin Wan Musa menyeru seluruh rakyat mendaftar dan menyertai program tersebut yang akan diadakan pada Sabtu, 20 Ogos ini.

Dengan menyifatkan Persidangan Dewan Undangan Negeri (Sidang DUN) pada minggu lalu sekadar melepaskan batuk ditangga beliau mengajak masyarakat mengadu kepada ‘Kongres’ setelah institusi ‘legislatif’ negeri itu gagal mendengar suara rakyat.

“Hari ini genap seminggu DUN bersidang. Isnin yang lepas, DUN bersidang paling pendek dalam sejarah Terengganu. Ibarat melepaskan batuk di tangga, ia sekadar mahu melepaskan syarat yang termaktub dalam undang-undang tubuh negeri.

Kongres Wan zz“Dengan lambakan isu yang berlaku di Terengganu, sepatutnya DUN perlu bersidang lebih dari seminggu. Isu royalti yang belum berkesudahan, isu tajaan pelajar, isu kos sara hidup yang sangat tinggi, isu LPT2, isu harga getah dan sawit, isu rempit, isu prestasi sukan dan berbagai lagi.
“Saya yakin berbagai sektor rakyat telah berjumpa dengan wakil-wakil rakyat mohon rintihan dan aduan mereka disuarakan di dewan tertinggi negeri tercinta ini. Mereka perlukan perhatian para pentadbir negeri agar pembangunan dan TTB yang dicita-cita seimbang dengan kemampuan rakyat,”ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau mendakwa, harapan rakyat dihampakan oleh Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman yang merasa takut kedudukannya terancam kerana mudah terpengaruh dengan ‘psiko’ ADUN Kijal Dato’ Seri Ahnad Said.

“Mat (Ahmad) Said kononnya bersama beliau beberapa orang lagi ADUN yang mahu mengumumkan hilang kepercayaan. Akhirnya jalan pintas diambil, kepercayaan rakyat dikorbankan.

“Rakyat sudah tidak boleh mengharap kerajaan negeri menyelesaikan masalah rakyat. Mereka terlalu sibuk dengan masalah kedudukan sendiri. Sudah tiba masa rakyat cari alternatif lain selain DUN Terengganu sebagai medan menyuarakan tuntutan,”jelas beliau.

Kongres 2Atas dasar itulah, kata beliau, Sekretariat Kongers Rakyat merangka persidangan rakyat yang akan diadakan dan akan bertindak sebagai pengganti DUN dalam memperbahaskan isu-isu dan permasalahan setiap sektor rakyat khusus di Terengganu.

Katanya, ‘wakil-wakil rakyat’ yang bukan orang politik akan diundang sebagai tetamu dan pembahas. Mereka terdiri dari pimpinan NGO, individu berpengaruh dan orang-orang kepercayaan.

Beliau melahirkan rasa sukacita kerana pihak penaja bersetuju agar ruang Kongres tersebut dibuka lebih luas kepada khalayak ramai, bagi penyertaan semua pihak.

“Berita gembira buat semua, jawatankuasa penaja telah bersetuju untuk membuka penyertaan umum kepada semua rakyat.

“Oleh itu sebagai speaker, saya menyeru seluruh rakyat, marilah kita semua anak jati negeri tanah tumpah darah ini turut sama menjayakan Kongres ini. Walaupun tidak mewakili mana-mana pertubuhan, mana-mana NGO, daftarlah diri sebagai rakyat Terengganu yang prihatin.”tamba beliau.

Katanya, untuk mendaftar, orang ramai boleh mendaftar secara atas talian melalui laman sosial Kongres Rakyat atau menerus pautan http://kongres.zapto.org/