PAS Sarawak Gesa Kembalikan ‘Autonomi’ Pendidikan

1752

Kerajaan persekutuan khususnya Kementerian Pelajaran sepatutnya mengembalikan ‘Kuasa Autonomi’ berhubung dengan pelajaran kepada Sarawak seperti yang termaktub dalam perkara asas Pembentukan Malaysia.

Ia terkandung dalam Perkara 15: Pelajaran “Sistem pendidikan yang sedia ada perlu dikekalkan di bawah kawalan kerajaan negeri”.

Pesuruhjaya PAS Sarawak, Haji Jofri Jaraiee berkata, ia amat perlu kepada Sarawak kerana ia boleh meningkatkan lagi prestasi pelajar dalam bidang pelbagai kemahiran.

“Pelajar zaman sekarang perlu menyiapkan diri mereka dengan berbagai bidang kemahiran atau kepakaran untuk masa depan mereka,”ujarnya.

Photo Jofri JaraieeMenurut satu kenyataannya beliau berpandangan, usaha berterusan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Datuk Patinggi Haji Adenan Satem dalam memastikan Sistem Peperiksaan Bersepadu (UEC) diterima sewajarnya diberi pujian.

Katanya, biarpun tidak mendapat pengikitirafan dari Kerajaan BN peringkat persekutuan, namun sikap konsisten Adenan dalam perkara autonomi pendidikan diharap memberi manfaat pada rakyat Sarawak keseluruhannya.

“Kementerian Pendidikan Tinggi kekal dengan keputusan tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) bagi tujuan kemasukan ke universiti awam.

“Walaupun kerajaan persekutuan tidak mengiktirafkan UEC (tetapi) UEC yang ditawarkan oleh sekolah persendirian Cina di negeri ini telah diterima oleh universiti swasta termasuk Swinburne Universitiy of Technology, Curtin University selain universiti luar negara……hanya universiti awam di Malaysia sahaja yang tidak memberi pengiktirafan kepada UEC,”ujar Jofri

Beliau berkata sebaliknya, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor melalui Universiti Selangor (Unisel) akan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) bagi sekolah menengah persendirian Cina mulai tahun 2016 ini.

Haji Jofri menambah PAS juga menyeru agar kerajaan memertabatkan pendidikan Islam haruslah dimartabatkan kerana pelajaran agama juga amat penting untuk rakyat Sarawak.

“golongan muda Muslim yang masih memerlukan bimbingan antara kepentingan keduniaan dan akhirat.

“pengukuhan pendidikan Islam di Sarawak dengan penambahbaikan STAM di sekolah terpilih. akan menjamin kesejahteraan rakyat Sarawak,”jelasnya