Oleh : Haida al-Ansariyyah
MARANG – Segulung sijil tidak yang diterima membawa sebarang erti sekiranya graduan yang bakal lahir dari menara gading gagal merubah persekitaran mereka dengan ilmu yang diperolehi.


“Ijazah yang dimiliki bukan untuk diri sendiri, tetapi ijazah yang dimiliki untuk mengubah landskap negara,”.
Kalam azimat itu disampaikan beliau ketika berucap dalam majlis forum bersempena Kem Lambaian Menara Gading (LAMEGA) 2016, di Kem PLKN Cenderawasih, Chador, Pengkalan Berangan, Marang, di sini semalam.


Oleh itu, katanya, bakal pelajar perlu kepada kematangan dalam membuat persediaan menghadapi alam ‘universiti’ dengan mengambilkira pelbagai aspek.
Sehubungan itu, ADUN Teluk Pasu Ustaz Ridzuan Hashim berkata program LAMEGA amat penting kepada para bakal mahasiswa.
Katanya, pendedahan suasana alam kampus yang sebenar sangat perlu, bagi memastikan persediaan mental dan fizikal.


“persiapan dilakukan dari awal agar pemikiran kita tidak dicemari dengan pemikiran dan akhlak yang merosakkan di kampus kelak.
“saya juga mengingatkan agar kita menunaikan tanggungjawab, terlibat dengan mana-mana persatuan yang memperjuangkan kedaulatan Islam dan aktiviti kemasyarakatan di universiti masing-masing,”jelasnya.
Anggota Dewan Ulamak PAS Terengganu itu berkata demikian ketika berucap merasmikan penutup LAMEGA 2016.


“sehingga mereka mengabaikan tanggungjawab kepada masyarakat serta (tidak peka dengan) isu yang berlaku di sekeliling mereka.
“ingatlah tanggungjawab yang wajib dilaksanakan kepada bakal mahasiswa melalui kisah pesanan Lukmanul Hakim kepada anaknya di dalam Surah Luqman: 17,
“(yang bermaksud) Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan mungkar dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya,”tegasnya
LAMEGA merupakan program tahunan anjuran Dewan Pemuda dengan kerjasama Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganuyang yang diadakan selama 3 hari 2 malam.
Ia mendapat sambutan yang menggalakkan dengan hampir 200 pelajar lepasan SPM dan STPM dari seluruh negeri Terengganu menyertainya.
Seorang peserta Muhammad Irham Che Ghani,17, ketika ditemui berkata beliau mendapat azam baharu selepas mengikuti program itu.


“Banyak pengajaran yang dapat diambil terutamanya pengorbanan beliau sendiri dalam menuntut ilmu dan untuk menjadi orang yang berjaya,”katanya.
Beliau yang bercita-cita melnjutkan pengajian di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) amat berpuas hati dengan penganjuran LAMEGA dan mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur.





























