KUALA NERUS – Rakyat umumnya tahu tentang hodohnya ‘wajah Umno’ dengan segala macam kelemahan tadbir urus kerajaan Barisan Nasional.
Justeru itu, menurut Pengerusi Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Terengganu Dr Azman Ibrahim, PAS mesti menonjolkan imej yang lebih baik dan bersedia menggantikan Umno sebagai sebuah kerajaan.
“Kita mestilah mempamerkan imej PAS yang lebih baik sebagai ‘government in waiting’ – kerajaan menunggu (kerana) keburukan wajah UMNO sudah dimaklumi umum.
“Cuma rakyat ingin melihat bagaimana PAS mampu menjadi alternatif kepada Umno,”ujarnya ketika berucap dalam Majlis ‘Hi-Tea’ di Seberang Takir dekat sini pada Sabtu 13 Februari.


Apatah lagi, kata beliau, membuat kebajikan itu adalah tuntutan Islam dan telah menjadi satu telah menjadi cabang dakwah.
“PAS tidak pernah mengira sempadan politik untuk menghulurkan bantuan, semua orang kita tolong,” jelas Dr. Azman.
Beliau turut mengingatkan para petugas PAS tentang peranan anak muda untuk meneruskan kerja-kerja yang diwarisi daripada pejuang-pejuang yang terdahulu.
Katanya, segala ‘pahit manis’ dalam perjuangan dikunyah dan ditelan, kerana ia telah menjadi ‘asam garam, dalam kehiduupan.
Turut sama dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Penyelaras DUN Seberang Takir Ustaz Zakaria Dagang dan Ketua Muslimat DUN Puan Fadilah Mohamad.
Majlis minum petang sambil mengumpul dana itu adalah anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Muslimat bertujuan untuk menyiapkan bangunan Markas Tarbiyyah DUN Seberang Takir (MARTIS).




























