PAS ‘Mata Rantai’ Perjuangan Islam Terdahulu

1366
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita9/tutup%20protapas2.jpg

Menurut Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul hadi Awang, Allah SWT telah melantik nabi dan rasul menjadi pemimpin di atas muka bumi ini bagi mentadbir bumi dengan hukum dan peraturan Allah SWT.

“maka Allah lantik pemimpin di kalangan manusia yang dinamakan para rasul dan nabi-nabi yang menerima ajaran Allah Ta’ala, ajar manusia bagaimana hak baik (dan) hak jahat, termasuklah kerja nabi-nabi ini memerintah negeri,”ujarnya.

Beliau berkata, mereka (para nabi) terpaksa berlawan dan berhadapan dengan manusia yang mengikut syaitan, melawan agama Allah SWT, sehingga nabi yang terakhir, Muhammad SAW.

Beliau berkata demikian ketika berucapa mnutup Program Perkaderan Anak-anak Ahli PAS di Madrasah Darul Ehsan. Titian Baru, dekat sini pada Sabtu 24 November.

Katanya, pejuangan itu kemudiannya di sambung oleh para pengikut nabi Muhammad dari kalangan para sahabat dan khalifah, sehingga umat Islam menjadi lemah dan ditakluk oleh orang-orang kafir, termasuk negara kita yang telah dijajah oleh Portugis pada tahun 1511.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang mendakwa, penjajah telah menyesatkan dan mengkristiankan orang -orang islam sebagaimana yang berlaku di negara Filipina.

Namun, katanya, umat Islam di Malaysia dan Indonesia bernasib baik, terselamat kerana penjajah kerana meraka telah ditentang oleh para ulamak dan orang ‘alim serta kumpulan (parti) Islam.

Diantaranya, kata beliau adalah sebuah parti yang bernama Serikat Islam yang dipimpin oleh Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong.

Apabila Serikat Islam diharamkan oleh penjajah, ia disambung oleh Hizbul Muslimin dan kemudiannya oleh PAS apabila Hizbul Muzlimin mengalami nasin yang sama seperti Serikat Islam.