“Undang-undang Islam tidak pernah bertukar. Ada pra-syarat yang mesti dipenuhi sebelum syariah dilaksanakan. Tidak ada paksaan kepada bukan Islam, dan undang-undang Islam tidak akan dilaksanakan selagi keadaan tidak mengizinkan,”katanya dalam satu temubual dengan Malaysian Insider baru-baru ini.
Pada tahun 1999, sebuah pakatan politik, Barisan Alternatif telah ditubuhkan menjelang Pilihanraya Umum ke 11 diantara parti-parti pembangkang.
Pendirian PAS yang sering mengutamakan prinsip pemerintahan Islam dikatakan menjadi halangan hubungan pakatan tersebut yang menyebabkan ia berepcah dua tahun kemudian kerana dikatakan mempunyai perbezaan ideologi.
Sejak PRU 12 lalu, PAS dilihat telah mengubah pendekatan dimana PAS berkempen diatas platform ‘Kearah Negara Berkebajikan’, namun ideologi perjuangan tetap tidak berubah.
Penukaran pendekatan PAS telah dikritik oleh UMNO-Barisan Nasional sebagai parti ‘kluk-klek’ dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, Januari lalu.|
“PAS tak ada masalah dengan mana-mana parti. Kami percaya dengan Islam yang telah di amalkan sejak 1,300 tahun yang lalu,”kata beliau yang juga ahli parlimen Marang.
“Kejatuhan kerajaan Islam adalah kerana pemimpin Islam telah meninggalkan ajarannya dan bukan kerana kelemahan Islam, Islam tidak ada kelemahan,”tambahnya.
PAS juga telah berjaya menarik sokongan masyarakat bukan Islam melalui penubuhan Kelab Penyokong PAS.
“Kita berjaya menukar persepsi masyarakat bukan Islam kepada Islam, kita telah mendekatkan halangan yang memisahkan antara kita dan masyarakat bukan Islam,”katanya.
Natijah PRU 12 telah menjadikan PAS sebagai antara parti yang mempunyai kerusi terbanyak di parlimen.
“Kita mendapat manfaat yang banyak dengan penubuhan Pakatan Rakyat, PAS parti politik yang paling berpengalaman, bukan untuk mengambil kesempatan dari penubuhan itu, pengalaman yang berguna untuk mendekatkan lagi hubungan antara komponen Pakatan Rakyat,”katanya.
“Barangkali inilah kali pertama DAP dan PKR memerintah kerajaan negeri, tetapi kita ada pengalaman untuk menghadapinya, termasuk apa yang dihadapi di negeri Perak, kita telah melaluinya di Terengganu dan Kelantan pada tahun 50an, 60an, 70an,”tambahnya.
Ada kritik mengatakan, PRU 12 telah menyebabkan perpecahan pemikiran dikalangan kepimpinan PAS dimana ada diantaranya yang lebih cenderung untuk bekerjasama dengan UMNO daripada terus kekal dengan PLR dan DAP.
Presiden PAS menegaskan tidak ada perpecahan dikalangan kepimpinan kerana tidak ada dalam Islam pemikiran konservatif dan tidak ada pemikiran liberal.
“Dalam Islam tidak ada konservatif atau pun liberal, tetapi ada beberapa perkara yang tidak boleh dipersoalkan. Perkara Qat’ie iaitu perkara yang asas tidak ada persoalan, tetapi dibenarkan berbeza pendapat dalam perkara-perkara furu’ (cabang yang bukan asas),
“dan sebab itu itu mengapa wujudnya pelbagai aliran pemikiran dalam perkara cabang (school of thought),”katanya.
Kaedah penyelesaian politik Islam yang digunakan pakai oleh PAS adalah berdasarkan situasi semasa.
Majlis Syura PAS dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, dua badan pemutus tertinggi PAS telah menolak kerjasama dengan UMNO dalam isu muzakarah tahun lalu.
Dalam isu yang berbeza sebagaimana isu yang berlaku di negeri Perak sekarang, Presiden PAS melihat penyelesaian kepada permasalahan tersebut adalah menubuhkan kerajaan perpaduan.
PAS Tidak Lagi Dilihat sebagai ‘Hantu’
Peranan dan pandangan terhadap PAS telah berubah. Sepuluh tahun lalu, sekiranya diberikan gambaran tentang kemajuan dan pencapaian PAS, ia akan berakhir dengan imej para Mullah, regim yang zalim dan menjadi ancaman kepada kehidupan rakyat Malaysia.
Itulah kesan propaganda kerajaan Barisan Nasional dan media perdana yang telah menyebabkan masyarakat Cina dan india mencampakkan PAS ke dalam bakul sampah yang sama dengan teroris dan komunis.
Ketakutan dan kegelisahan terhadap PAS masih dirasai sehingga pilihanraya umum ke 11 tahun 2004.
Namun hari ini, majoriti bukan Islam tidak lagi memandang semua ahli politik PAS adalah ;orang jahat’.
Masih ada ketidak selesaan tentang hasrat PAS untuk melaksanakan Hudud sekiranya PAS berkuasa namun segala kenurukan yang dilemparkan kepada PAS dahulunya kini beralih kepada UMNO!
Bagi pandangan masyarakat bukan Islam kini dan mungkin golongan muda Malayisa, ahli politik yang lebih menimbulkan banyak persoalan dalam pemikiran mereka adalah dari kalangan parti BN yang memerintah.
Perubahan ini kerana pendedahan keterlanjuran kakitangan BN yang mempunyai sikap kecenderungan dan berat sebelah dalam perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Kebanyakan masyarakat kini memandang perpecahan dinegara ini semakin meluas akibat pandangan dan kenyataan ‘sakit’ dari ahli-ahli politik UMNO.
Antara peranan besar yang membantu melembutkan pandangan masyarakat bukan Islam kepada PAS adalah kenyataan-kenyataan Musrsyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Pelbagai istilah dan kenyataan yang digunakan oleh Tok Guru memberikan perspsi yang berbeza kepada PAS, umpamanya tentang penggunaan istilah ‘bumiputear’ baru-baru ini.
Tok Guru Nik Aziz berkata istilah tersebut telah mencetuskan perkauman (racism) dan mengambil sesuatu€ dari kaum lain di Malaysia, sedangkan mereka mempunyai hak yang sama, memiliki kad pengenalan yang serupa dan bantuan kerajaan yang setimpal.
“Dalam pilihanraya, kaum lain dibenarkan mengundi, begitu juga Bumiputera. Saya tak suka (perkataan) bumiputera, apa yang saya suka adalah (gunakan perkataa) kemiskinan, kepada semua kaum,”kata Tok Guru Nik Aziz.
Tok Guru juga dianggap kontroversi apabila mengatakan tidak salah orang bukan Islam menggunakan perkataan ‘Allah’ namun menyerahkan kepada kerajaan pusat untuk memutuskannya.
Dalam pada, kadaan sebaliknya, ahli-ahli politik UMNO, khususnya dari pergerakan pemuda UMNO, masih menggunakan perkataan dan nada yang melampau dalam isu bangsa dan ugama.
Rakyat yang mempunyai keberanian mencabar pandangan pemimpin dan parti BN telah dilabelkan sebagai derhaka kepada Sultan, musuh kepada masyarakat Melayu dan tidak hormat kepada perlembagaan.
Para penyokong UMNO mengatakan parti itu telah dikepung sejak PRU 12 dan akibatnya mereka merasakan parti itu perlu mengambil tindakan keras keatas permintaan yang tidak patut oleh masyarakat bukan Islam.
Walaupun kenyataan-kenyataan ahli-ahli politik UMNO itu mungkin disebabkan kerana mereka sedang bersaing untuk merebut jawatan dalam pemilihan Agomg yang akan berlangsung tidak lama lagi namun rakyat sudah bosan dengan ahli-ahli politik yang bercakap dengan lidah bercabang.
Rakyat mahukan kejujuran. Rakyat mahukan ketulusan. Oleh sebab itu pimimpin PAS mendapat tempat dihati mereka.
Walaupun beberapa pimpinan PAS masih dipersoalkan dalam kebolehan mereka untuk memimpin Malaysia, namun UMNO tidak boleh lagi ‘memomokkan’ mereka
Perangai hantu sudah beralih kepada pimpinan UMNO kini!