Sumber rejim Zionis melaporkan bahawa dua lelaki dan dua wanita, seorang daripadanya sedang mengandung terbunuh apabila pihak Palestin melepaskan tembakan kepada mereka. Tentera rejim Zionis (IOF) berkata dalam laporannya bahawa serangan itu berlaku berhampiran pintu masuk ke penempatan haram Yahudi dan berdekatan dengan Kampung Bani Noa’am yang dihuni rakyat Palestin. Sehubungan itu, IOF menggeledah kampung itu untuk mencari suspek.
Israel Beri Kebenaran Membunuh
Sementara itu, Haneen Zuabi, Ahli Parlimen Arab Israel yang terkenal dengan kelantangannya bersuara memberitahu jawatankuasa siasatan PBB terhadap tragedi armada flotilla bahawa komando-komando Israel telah diberi kebenaran untuk membunuh.
“Saya beritahu penyiasat PBB di Amman bahawa serangan Israel sememangnya ganas sejak mula dan mereka memang berniat untuk membunuh tanpa mencuba untuk mengelakkan pertumpahan darah,” Zuabi memberitahu AFP. Zuabi merupakan salah seorang penumpang Kapal Mavi Marmara yang cuba menembusi sekatan di Semenanjung Gaza apabila 9 aktivis warga Turki terbunuh dalam serbuan komando Israel.
“Saya dapat merasakan para penyiasat adalah serius dengan misi mereka. Mereka menanyakan soalan yang jelas dan saya juga memberi jawapan yang jelas. Saya menekankan bahawa komando-komando Israel itu memang berniat membunuh para aktivis yang tidak bersenjata.”
Israel pula mengatakan, komando tentera lautnya hanya bertindak ganas apabila mereka diserang sewaktu tiba di kapal. Namun, para aktivis bertegas bahawa tentera-tentera itu yang memulakan tembakan.
Penduduk Haram Israel Tembak Warga Palestin
Dalam perkembangan lain, sekumpulan penduduk Israel melepaskan tembakan pada pagi Selasa ke arah sekumpulan petani Palestin semasa bekerja di tanah mereka berhampiran bandar Salfit, utara Tebing Barat . Para penduduk haram datang dan menyerang mereka semasa mereka sedang membaja tanaman zaitun mereka.
Para penduduk haram datang dari Amanouel berhampiran Salfit. Pendudukan tanah haram ini dianggap sebagai salah satu haram mengikut undang-undang antarabangsa dan dibina di atas tanah yang diambil dari petani tempatan pada tahun 90-an.
Para petani Palestin menyeru PBB dan NGO antarabangsa untuk membantu mereka dan memberikan perlindungan kepada mereka daripada serangan para penduduk haram Israel yang semakin meningkat terutamanya semasa musim tuai zaitun, petani melaporkan http://palestinkini.info/.