Oleh: Dr Azman Ibrahim
Ijtimak Kepimpinan PAS Terengganu yang baru berakhir memperlihatkan bagaimana keberkesanan aktiviti kebajikan menjadi penghubung terbaik PAS dengan masyarakat.
Ianya terbukti apabila Khemah Perubatan dan Kecemasan yang dikendalikan Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Terengganu mendapat sambutan hangat dari para pengunjung Ijtima untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan perubatan percuma. Sekalung penghargaan kepada tenaga profesional dari PAPISMA yang telah memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat.


Lantaran itu, Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Terengganu telah merangka program-program dalam rangka untuk mempastikan PAS sentiasa hadir bersama masyarakat dalam apa jua keadaan samada ketika senang atau sempit, kemarau atau banjir, suka ataupun duka.
Apa yang sedang berlangsung sekarang ini adalah jelajah Program Cakna Masyarakat ke seluruhan kawasan Parlimen dengan DUN Air Puteh, Kemaman menjadi tuan rumah sulong program kemasyarakatan ini pada 5 April 2014 lalu yang diserikan dengan rawatan kesihatan dan perubatan as syifa’ kepada masyarakat.


Jelajah ini akan bersambung lagi pada tarikh 3 Mei di Kuala Nerus, 24 Mei di Marang, 6 Jun di Hulu Terengganu, 21 Jun di Dungun dan akhirnya pada 16 Ogos di Besut.
Kemuncak kepada jelajah Program Cakna Masyarakat ini, satu Karnival PAS Bersama Masyarakat akan diadakan serentak dengan Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) bertempat di Dataran PGU Jabi pada 30 dan 31 Ogos 2014.
Kita meyakini bahawa panasnya suhu politik akan dapat dinyamankan dengan kebajikan. Jika kita sentiasa hadir ketika msayarakat memerlukan, maka akan bersama kita ketika kita memerlukan mereka. Gabung jalin ini adalah lumrah dan sunnah dalam kehidupan.
*** Dr Azman ialah Pegerusi Lujah Kebajikan dan Kemayarakatan PAS Terengganu






























