Beliau berkata demikian, ketika ditemui Buletin Online pada Majlis Makan Malam yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan DUN Cukai bagi mengutip Dana Pilihanraya Umum Ke Tiga Belas, di sebuah Restoran, di Bukit Kuang, Cukai, disini, Rabu (5 Ogos) lalu.


Menurutnya sekiranya DUN tidak bersidang menjangkau tempoh enam bulan, negeri Perak akan menjadi negeri ‘tidak berperlembagaan’ atau ‘unconstitutional state’.
”DUN Perak mungkin kita boleh jangka bila dia bubar, dia terpaksa bubar juga kerana tidak ada pilihan lain, dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri Perak mesti bersidang tidak lebih enam bulan,”katanya.
Dalam perkembangan yang sama, dalam ucapannya beliau berkata, sidang akan datang mesti diadakan selewat-lewatnya pada 7 November, 2009 kerana sidang lalu diadakan pada 7 Mei, 2009.
Beliau berkata, sidang tersebut mesti diadakan untuk membentang dan meluluskan Belanjawan 2010.
”Mesti ada persidangan ! Kalau tidak bagaimana (negeri) nak belanja tahun depan, nak beri gaji-gaji kakitangan kerajaan negeri Perak, nak buat peruntukan untuk perbekalan,
”mesti diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri dalam bentuk belanjawan 2010, ikut mana cerita pun dia mesti buat persidangan,”tegasnya.
Oleh itu, katanya, beliau memberitahu Tuanku Sultan Perak, mungkin sidang DUN yang akan datang turut kecoh memandangkan sidang yang berlangsung pada Mei lalu, telah berlaku huru hara.
Katanya, sidang lalu tidak sah, akibat tindakan UMNO dan Barisan Nasional (BN) merampas kuasa Speaker (Yang DiPertua) DUN.
”Bila dia buat persidangan (nanti), saya beritahu Tuanku (Sultan), kami juga (Pakatan Rakyat) akan cuba buat bagaimana UMNO (buat), arah polis angkat Speaker, kita pun nak cuba belajar angkat Speaker juga,

”adakah Tuanku nak tengok, nak biar dunia tengok, bahawa berlaku lagi kemelut dan huru hara dalam Dewan Undangan Negeri Perak,”tegasnya.
Menurutnya, ia merupakan rantaian tindakan ‘rampasan’ yang terpaksa dilakukan oleh UMNO/BN ekoran tindakan merampas kuasa negeri Perak pada Februari lalu.
Katanya, seluruh rakyat negeri Perak bersama-sama Pakatan Rakyat, tetap mahu DUN Perak dibubarkan.
Walaupun diberikan kuasa selama 12 jam pada 11 Mei, katanya, beliau telah menulis surat kepada Tuanku Sultan Perak, memohon DUN Perak dibubarkan.
”UMNO terpaksa rampas (dan) teruskan proses merampas, setelah dia rampas kuasa dia rampas Speaker, lepas dia rampas Speaker dia rampas keputusan Mahkamah Tinggi,
”keputusan Mahkamah Tinggi pada 11hb memberikan keabsahan kepada saya dan Pakatan Rakyat sebagai Menteri Besar yang sah dan kerajaan yang sah,
”sebaik-baik sahaja dia (hakim) memutuskan keputusan, saya dan rakan-rakan terus ke Masjid Kampung Pandan dan melakukakan solat sunat,
“Selepas itu saya berlari (ke kereta), dalam kereta minta buatkan surat, (apabila) saya sampai di Ipoh, surat dah sedia, (saya) ambil surat dan bawa pergi ke Istana,”ujarnya.
Malangnya, apabila sampai di Istana pada jam 10.30 malam, katanya, beliau tidak dibenarkan masuk untuk menghadap Sultan Perak.
Menurutnya, dalam surat tersebut beliau memohon perkenan Sultan supaya membubarkan DUN Perak.
”Dalam surat itu, saya nyatakan ke bawah Duli Yang Mulia Sultan Perak; Oleh kerana Mahkamah Tinggi mengabsahkan patik sebagai Menteri Besar, maka patik nak serahkan kuasa itu kembali kepada rakyat, apa sudi kiranya Tuanku memperkenankan dibubarkan Dewan undangan Negeri Perak,”jelasnya.
.
http://www.youtube.com/watch?v=ggV1kSdJTfM

























