“Kita kena berani membuat perubahan…. (Umno) Nak pilih pemimpin kena rasuah, peringkat tertinggi kena rasuah, peringkat bahagian kena rasuah, nak pilih peringkat bawah pun rasuah, pilihanraya pun rasuah,
“macamana nak ‘berjurus’ (selamat) negara kita kalau pilih (pimpinan) politik dengan cara rasuah,”ujarnya.
Beliau berkata, gelombang perubahan sudah melanda seluruh negara dan tanda-tanda yang jelas menunjukkan, rakyat di Sabah dan Sarawak juga sedang membuat perubahan untuk memilih PAS dan Pakatan Rakyat.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Markaz PAS Cawangan Kampung Pinang Baru dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi disini pada Selasa malam, 9 Oktober.
Menurutnya banyak penyelewengan dan khianat yang telah dilakukan oleh pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) terhadap rakyat di negara ini.
“sudah banyak kes-kes (yang berlaku) dinegara kita, beli kapal selam tak boleh menyelam, beli kapalterbang ‘skyhawk’ di Amerika tak boleh bawa balik (ke Malaysia kerana) tak boleh terbang, beli kereta kebal dan alat-alat senjata (secara) menyeleweng.


Katanya, pengkhianatan dan perlakuan rasuah yang menjadi amalan dalam Umno itu telah diakui oleh mantan Presidennya Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sebelum itu, Ustaz Abdul Hadi telah menerima penyerahan borang keahlian PAS seumur hidup oleh bekas Pegawai Felda Mat Jusoh bin Che Mood dan isterinya, Morkenah binti Haji Tahir.
Sehubungan itu, Pengarah Majlis Tindakan DUN Bukit Besi Ustaz Nordin Othman memaklumkan, markaz PAS Cawangan Kampung Pinang Baru yang dirasmikan pada malam itu, sebelumnya adalah markaz Umno dan BN.
Beliau berkata, markaz itu bertukar tangan menjadimarkaz PAS apabila tanah dan bangunan tersebut telah dibeli oleh seorang penyokong PAS.
Katanya, dengan kemasukan Encik Mat Jusoh dan isterinya menjadi ahli PAS, serta perasmian markaz baru itu akan meningkatkan lagi semangat juang ahli-ahli dan penyokong PAS bagi menumbangkan Umno di DUN Bukit Besi dalam pilihan raya umum akan datang.
Turut hadir dan berucap dalam majlis tersebut adalah Timbalan Ketua Penerangan PAS Teerengganu Ustz Azman Shapawi Abdul Rani, Yang DiPertua PAS Dungun Ustaz Wan hassan Mohd Ramly dan Bendahari PAS Dungun Ustaz Roslan Ismail.




























