Muslimat Sedia Unit Bermotosikal Angkut Peserta Fastaqim 2.0

3334

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (DMPNT) telah bersedia menyambut kedatangan 200K peserta serta mengalu – alukan kehadiran mereka ke program Fastaqim 2.0 .

Ketuanya, Hajah Zarani Othman berkata, selaku tuan rumah, segala persiapan telah siap diatur.

Ia termasuk menyediakan petugas-petugas sukarelawan muslimat muda yang bermotor siap bersemangat tinggi, bersedia untuk mengangkut para peserta Fastaqim ke tempat program.

“Dengan pantai yang cantik dan suasana yang damai diharap dapat memberikan ketenangan dan sekaligus membangkitkan semangat juang,

“Untuk mendepani segala tribulasi perjuangan dan meneruskan perjuangan Islam bersama-sama dengan Parti Islam Se Malaysia (PAS),” ujarnya.

(Sedia berkhidmat! Unit bermotosikal Ameerah mengangkut peserta Ijtimak Perpaduan Ummah pada bulan Mac 2015)

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai persiapan Muslimat PAS Terengganu sebagai tuan rumah Himpunan Fastaqim 2.0.

Katanya pihak beliau telah memperhalusi semua tindakan bagi memastikan Fastaqim 2.0 mencapai matlamatnya.

“Kita telah pun mengadakan mesyuarat beberapa kali bagi memastikan segalanya berjalan lancar sebagaimana yang dirancang,

“Termasuklah tempat lokasi program, senarai penginapan sekitar tempat program seperti hotel, chalet, homestay, Pasti dan lain-lain lagi telah pun kita tularkan ke negeri-negeri untuk buat pilihan masing-masing,” jelas beliau.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua ahli dan peyokong PAS terutamanya dikalangan Muslimat agar dapat menghadiri semua acara yang telah dirancang, di tapak Fataqim, di Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus pada 29 dan 30 September 2017,