Terengganu, Malaysia

Muslimat Dungun Bersiap Hadapi Cabaran PRU15

Muslimat Dungun Bersiap Hadapi Cabaran PRU15

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Dewan Muslimat PAS Kawasan Dungun mempersiapkan diri dan membuat persediaan lebih awal menghadapi cabaran yang akan ditempuhi di dalam gerak kerja mempertahankan kemenangan pada pilihan raya umum ke-15 nanti.

Oleh itu, Ketuanya Hajah Khairiah Mokti menggesa agar jentera ‘sayap kiri’ parti itu, mestilah peka kepada isu-isu yang berlaku.

“Sebab dalam suasana yang ada hari ini muslimat kena ‘alert’ perkara semasa yang berlaku sekarang ini.

“Kita mengharapkan semua daripada kita cukup-cukuplah tidur yang lama, sekarang ini kita banyak cabaran, ” tegasnya.

Muslimat Dungun Bersiap Hadapi Cabaran PRU15Khairiah berkata demikian ketika merasmikan Kursus Pemantapan Organisasi di Darul Bayan, Paka, di sini pada 19 Ogos.

Khairiah berharap muslimat akan menjadi jentera yang sangat bertenaga untuk menghadapi pilihanraya.

“Lajnah-lajnah tidak boleh lagi ‘old fashion’, Kebajikan (lajnah) tidak lagi hanya berziarah dan bersih rumah orang sahaja atau Penerangan dengan kerja-kerja macam dulu lagi , kena pertingkatkan,” jelasnya lagi.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan