Muslimat Diingatkan Agar Tidak Leka

930

Oleh : Nooreni Abu Bakar

KUALA NERUS – Muslimat diingatkan agar tidak leka dan hanyut dibuai mimpi berada di zon selesa kerana Pakatan Harapan sentiasa bekerja keras untuk mengekalkan  pemerintahan.

Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Media Baru, Muslimat PAS Terengganu, Zaiton Abas berkata, sepatutnya mereka turut berasa bimbang dengan insiden mutakhir ini  yang mencabar kedaulatan negara tercinta.

“Penangkapan pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana disyaki terlibat dalam pengeluaran sijil kelahiran dan kad pengenalan (MyKad) secara penipuan di Pulau Pinang.

” Dengan memberi beribu-ribu Mycard kepada orang-orang cina untuk datang ke Malaysia, kalau di Selangor kehadiran mereka sangat ketara, sebab mereka merancang untuk merampas Malaysia daripada orang Melayu Islam,” jelasnya kepada 100 orang muslimat yang hadir.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Muslimat Kuala Terengganu berkata demikian ketika berceramah di Surau Haji Adam, Kampung Seberang Bukit Tumbuh di sini, pada 23 September.

Zaiton menegur sikap ambil mudah masyarakat dengan pelbagai insiden yang mengancam negara, agama dan bangsa melayu.

“Satu demi satu ibadat orang Islam dipertikaikan, solat Jumaat, mereka hendak tukar ke hari sabtu, begitu biadabnya mereka, jadi kita mesti dipertahankan,” katanya di ceramah anjuran Lajnah Penerangan dan Media Baru, Muslimat Kawasan Kuala Nerus.