Beliau berkata, kenyataan awalnya yang dikeluarkan pada minggu lalu berhubung perkara tersebut adalah khusus kepada pihak tertentu yang meminta supaya dibenar menggunakan terjemahan Allah dalam ‘Bible’ berbahasa Melayu.
“Saya ingin menjelaskan bahawa laporan berita bertajuk “Ulama PAS tetap tidak setuju bukan Islam guna kalimah Allah” yang dikeluarkan oleh MStar pada 9 Januari 2013 adalah telah memetik secara salah apa yang saya sebutkan.
“Kenyataan awal saya yang berkenaan adalah ketika saya diminta memberi komen terhadap permintaan pihak-pihak tertentu supaya dibenar penggunaan terjemahan Allah dalam bible berbahasa melayu beberapa minggu yang lalu,”ujanya dalam satu kenyataan yang diterbitkan pada laman sesawang rasmi PAS, pas.org.my.
Beliau menjelaskan, tajuk itu sepatutnya berbunyii“Ulamak Pas tetap tidak setuju bukan Islam guna kalimah Allah di dalam kitab mereka bagi mengantikan perkataan ‘God’ “




























