Misi Yayasan Amal di India Akan DiTeruskan

1092
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita8/Dr%20Hashami%20Bohari%20sedang%20merawat%20seorang%20pesakit%20di%20kem%20pelarian1.jpg

Presidennnya, Haji Hussin Ismail berkata, kesemua 81 ekor lembu dan 11 ekor kambing tersebut disembelih pada hari raya Eidul Adha yang pertama dan yang kedua.

“InsyaAllah kita sudah sembelih 53 ekor setakat hari ini (hari raya pertama) kita akan sambung pada hari esok sebanyak 25 ekor menjadikan jumlah 81 ekor,

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita8/antara%20lembu%20korban%20pada%20hari%20raya%20pertama.jpg“semuanya untuk pelarian (IDP-Internally Displaced Person) yang menjadi mangsa perbalahan kaun (dan agama) saya sangat menarik (perhatian) bukan sahaja kepada pihak (NGO) Human Welfare,

“tetapi masyarakat kampung yang menguruskan semuanya kerana takut (bimbang mereka) berebut,”ujarnya ketika ditemui.

Menurutnya, jumlah tersebut adalah terlalu kecil berbanding 400, 000 orang yang menjadi pelarian sejak rumah mereka dibakar dan kampung-kampung mereka diserang sejak 28 Julai lalu.


http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita8/Firdaus%20(kiri)%20Abdus%20Salam%20(Kanan)%20menerangkan%20sesuatu%20kepada%20Hj%20Husin.jpgMisi Yayasan Amal Mendapat Sokongan

Sementera itu, program korban dan misi kemanusiaan Yayasan Amal Malaysia sempena Eidul Adha di wilayah Assam Timur Laut India mendapat sokongan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan dan wakil pemerintah Wilayah Assam.

Jurucakap sebuah NGO India, Encik Abdul Salam Abdullah  yang mewakili Human Welfare Foundataion (HWF) berkata, beliau berbesar hati apabila diberitahu oleh Presiden Yayasan Amal, Haji Husin Ismail bahawa pihak Yayasan Amal akan mengadakan program di India.

“saya berasa gembira dengan kedatangan saudara-saudara saya dari Malaysia yang sudi menyumbangkan khidmat bakti di India khususnya di wilayah Assam,”ujarnya.

Abdul Salam berkata demikian ketika di temui selepas menyambut ketibaan rombongan Yayasan Amal di lapangan terbang antarabangsa Guwahati, ibu negeri Assam, pada jam 9.50 pagi waktu tempatan 26 Oktober lalu.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita8/ketibaan%20rombongan%20Yayasan%20Amal%20di%20lapangan%20terbang%20Guwahati1.jpgTurut bersama beliau mengalu-alukan rombonan misi Yayasan Amal itu adalah Mas’ul kepada Pemuda dan Pemudi bagi pemerintah Negeri Assam, Encik Firdaus Ansari.

Selaku wakil pemerintah, Firdaus mengucapkan terima kasih atas kesudian Yayasan Amal Malaysia kerana memilih Wilayah Assam sebagai salah satu lokasi misi pada tahun ini.

Menurutnya, tidak ramai penduduk Malaysia yang datang melawat Wilayah Assam dan beliau sukacita atas kedatangan rombongan Yayasan Amal.

Sehubungan itu, umat Islam di India yang menyambut Eidul Adha pada Sabtu 27 Oktober, sehari selepas umat Islam di Malaysia, mengadakan majlis yang sederhana namun meriah.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita8/Rombongan%20Yayasan%20Amal%20melawat%20Madrasah%20Darul%20Ulum%20Chapar1.jpgTinjauan di beberapa buah kampung di sekitar  Chapar,  di mana rombongan Yayasan Amal menginap mendapati, pengumuman sambutan Eidul Adha diumumkan melalui corong-corong ‘pembesar suara’ di masjid-masjid.

Chapar  adalah sebuah pekan terletak di daerah Goalpara yang terletak kira-kira 200 kilometer dari Guwahati yang mempunyai kira-kira 70 peratus penduduk Islam.

Mudir Madrasah Darul Ulum Chapar ketika dikunjungi berkata, sekolah agama tersebut akan menyembelih sebanyak 15 ekor lembu korban, sebaik selesai solat sunat pada pagi Eidul Adha itu.

Yayasan Amal turut menyumbang seekor kambing untuk di korbankan kepada madrasah terbabit.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita8/Haji%20Jamiluddin%20Elias%20menyembelih%20seekor%20lembu%20korban1.jpgSementara itu, anak-anak muda dari kampong-kampung berhampiran mengunjungi ‘markaz penginapan’ Yayasan Amal, melahirkan rasa teruja mereka serta ukhuwwah dan kegembiraan dengan kedatangan saudara seagam ke kawasan mereka

Misi Korban dan Kemanusiaan Berjaya

Rombongan seramai lapan orang anggota sukarelawan Yayasan Amal Malaysia telah berangkat pada 25 Oktober dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi melaksanakan misi NGO tersebut ke Wilayah Assnm di Timur Laut India.

Presidennya, Haji Hussin Ismail berkata, misi kemanusiaan selama 6 hari itu adalah merupakan misi ke-12 yang diadakan sempena Eidul Adha di peringkat antarabangsa.

“Misi Yayasan Amal ke Wilayah Assam adalah misi baru dan loaksi baru ke benua India, sebelum ini kita ke lokasi-lokasi lain, ia adalah misi yang ke-13,

“InsyaAllah misi kita kali ini terdiri dariapada 8 orang termasuk dua orang doktor,”ujarnya ketika ditemui sejurus sebelum berangkat.

Menurutnya, selain menjalankan ibadah korban, Pasukan Perubatan Yayasan Amal akan memberikan khidat pemeriksaan dan ubat-ubatan percuma kepada kepada mangsa-mangsa pelarian yang terlibat dengan krisis sengketa.

Menurut Haji Hussin, sehingga kini, dianggarkan seramai 400,000 orang berada di kem IDP (Internal Dispalced Person) yang bertebaran di beberapa daerah di negeri Assam.

Misi Amal tersebut telah dilaksanakan dengan jaya apabila rombongan seramai 8 orang sukarelawan selamat kembali ke tanah air pada 30 Oktober lalu.

Haji Hussin, ketika ditemui mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan menyertai program korban.

Beliau berkata, Yayasan Amal akan meneruskan Misi Kemanusiaan ke India kerana kedudukan pelarian yang tinggal di kem-kem berkenaan masih tidak menentu.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita8/kanak-kanak%20pelarian%20yang%20menjadi%20mangsa%20sengketa1.jpgWalaupun pemerintah India telah memutuskan mereka akan dikembalikan ke kampung halaman masing-masing, namun faktor keselamatan masih beelum terjamin.

“Pemerintah India telah memutuskan, para pelarian akan ditempatkan kembali ke kampung halaman mereka, namun kedudukan keselamatan masih belum terjamin,

“Puak ‘Bodo’ yang telah diberikan hak kawasan daerah autonomi (Bodo Territorial Autonomous District – BTAD) dilaporkan masih belum mahu menerima,”ujarnya.

Justeru, kata beliau, para pelarian masih memerlukan beberapa infra dan keperluan penting di kem-kem antaranya bekalan air bersih, khemah dan keperluan harian serta ubat-ubatan.

Turut sama dalam misi tersebut adalah Timbalan Presiden Yayasan Amal Hj Jamuliddin Elias, Prof. Dr Hashami Bohari, Nasron Amir, Dr Sulaiman Abdullah, Encik Ramlan Ismail, Puan Rosemunainah dan wartawn Harakah, Sazali Mohd Noor.