NGO Demo Depan Pejabat MCA

968
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita7/KakaoTalk_2012_11_03%2011:47.jpg

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusof berkata beberapa wakil pertubuhan terbabit telah memaklumkan kepada pihak polis sebelum itu untuk berkumpul menyerahkan memorandum berkenaan.

“Kami benarkan asalkan tidak melanggar syarat-syarat yang ditetapkan,” katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Beliau berkata perhimpunan itu bersurai sebaik wakil mereka menyerahkan memorandum bantahan itu kepada wakil MCA pada pukul 2.15 petang.

Sementara itu, Setiausaha Perhubungan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Pahang, Mahadi Deraman memaklumkan tindakan itu dibuat bagi membantah kenyataan Presiden MCA itu baru-baru ini yang mendakwa 1.2 juta rakyat Malaysia akan hilang pekerjaan jika hukum hudud dilaksanakan.

Justeru, mereka mendesak Dr Chua supaya menarik balik kenyataan itu dengan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam, katanya dalam kenyataan di sini.- BERNAMA