Mesir Lanjutkan Undang-undang Darurat

2020

Ahli parlimen Mesir pada hari Selasa, 9 Jan, telah memutuskan untuk melanjutkan perintah darurat selama tiga bulan lagi yang diisytiharkan berikutan pengeboman gereja pada April lalu.

TV negara itu melaporkan, ia adalah lanjutan perintah itu setelah dikuatkuasa kali kedua pada bulan Oktober tahun 2017.

Perintah darurat terbaharu itu akan dikuatkuasakan pada hari Sabtu, menurut warta rasmi Mesir.

Undang-undang tersebut memberi lebih kuasa kepada polis untuk menangkap, mengawai dan menyita mana-mana premis dan menghadkan kebebasan bergerak rakyat negara tersebut.

Di bawah perlembagaan Mesir, tempoh darurat hanya boleh diperbaharui selama tiga bulan sekali, namun kuasa presiden boleh mengembalikannya semula pada bila-bila masa

Parlimen meluluskan kali pertama April tahun lepas, selepas dua serangan berani mati di beberapa gereja yang diakui perbuatan ganas itu oleh ISIS yang telah membunuh sekurang-kurangnya 45 orang di bandar-bandar Tanta dan Iskandariah.

Pengganas ISIS, yang berpangkalan di Utara Sinai, mendakwa serangan itu adalah untuk mengancam kehidupan minoriti Kristian Koptik Mesir.

Sebelum itu, Mesir yang telah diperintah selama beberapa dekad di bawah undag-undang darurat, telah dibatalkan ketika Ikhwan menguasai Mesir, sebulan sebelum Presiden Mohamed Morsi mengambil alih kuasa pada tahun 2012.

Pada 2013 berikutan penggulingan tentera ketas Presiden Mesir yang pertama dipilih rakyat itu, ‘si perampas kuasa’ Abdel Fattah al-Sisi telah menisytiharkan kembali darurat selama sebulan.