Mengingati Kezaliman Umno-BN di Kawasan Setiu Menjelang PGU5.0

989
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita5/sarjan%20(b)khalid.jpg

detik-detik cemas bercampur sedih, ketika rumah yang dibinanya, dirobohkan oleh kerajaan Umno dn Barisan Nasional Terengganu pada tahun 2005.

Beliau yang ketika itu berpangkat Lans Koperal bergegas bersama beberapa orang rakan sejawatnya, dengan menaiki kenderaan tentera mahu menghalang pihak Pejabat Daerah dan Tanah Setiu yang telah diarahkan, oleh kerajaan Umno-BN dibawah pimpinan bekas Menteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh.

Malangnya, setelah melalui beberapa sekatan jalanraya, beliau telah ditahan oleh sepasukan polis simpanan persekutuan (FRU) yang bertindak mengawal perilaku zalim Umno-BN.

“(saya pergi) naik trak naik kenderaan tentera (dan) saya ajak empat lima orang, (dengan) pakai uniform celoreng, (saya teraksa melepasi) ada dua tiga roadblock (sekatan jalanraya) kita (saya) tengok tu terkejut,

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita5/rumah%20khalid.jpg“sampai nak naik bukit tempat perobohan itu ada pula seorang polis berpangkat Inspektor, dia pun terkejut kerana rumah yang akan dirobohkan adalah rumah seorang pegawai kerajaan (tentera),”ujarnya ketika di tembual pada 26 September, baru-baru ini.

Menurutnya, beliau juga dihalang oleh seorang pegawai perisik tentera (Military Inteligent Officer) supaya tidak hampir ke kawasan rumahnya, di Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Pengkalan Merbau yang  mahu dirobohkan.

[Gambar kiri – Rumah Khalid yang dirobohkan telah didirikan semula secara bergotong royong oleh penduduk setempat namun kerana statusnya masih tidak jelas, ia terbiar dalam keadaan semak ]

Walaupun telah mendapat notis bahawa rumahnya akan dirobohkan, beliau tidak percaya, kerana statusnya sebagai seorang perajurit yang mempertahankan kedaulatan negara.

Beliau berkata, pada asalnya, beliau memohon tanah itu pada zaman Umno-BN dibawah pemerintahan Menteri Besar Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad.

[***Lihat dan Dengar Rakaman Temubual Eksklusif dengan Sarjan (B) Ab Khalid di Buletinonline Channel]

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita5/sarjan%20(b)khalid1.jpgNamun begitu, selepas dipanggil beberapa kali temuduga, permohonan beliau tidak diluluskan sehinggalah PAS menang pilihanraya umum ke ke-10 pada tahun 1999 dan menjadi kerajaan sehingga tahun 2004.

“Pada asalnya, (ketika memohon) tanah itu adalah tanah untuk pemindahan mangsa banjir, saya dipanggil temuduga (beberapa kali), Umno bukan kita tak tahu, lepas temuduga, temuduga pula….jadi (saya) tidak boleh (tanah tidak diluluskan),

“bila PAS menang (PAS) beri, saya ambil kerana saya rasa saya layak sebagai seorang anggota tentera menurut akta 72,”jelasnya.

Sehubungan itu, beliau kesal kerana, walaun ada peruntukan undang-undang pemberian tanah kepada anggota tentera, namun kerajaan tidak melaksanakannya.

Oleh itu, beliau tidak percaya janji kerajaan untuk memberikan tanah kepada bekas tentera kerana katanya, beliau yang sedang berkhidmat pun dirobohkan rumahnya, apatah lagi anggota tentera yang sudah pencen.

Beliau dukacita kerana menurutnya tindakan kerajaan Umno-BN merobohkannya adalah naya suatu motif politik akibat kemarahan Umno-BN kepada PAS yang membela nasib rakyat dan memberikan tanah kepada rakyat Terengganu.

“tak ada apa yang dibuat atas apak tanah rumah saya, jadi semak begitu, tidak ada orang pergi buat rumah, tidak ada pembangunan sekadar saja-saja nak robohkan (rumah saya),

“(cuma ia satu tindakan bermotifkan politik) menghilangkan rasa nak marah (kepada kerajaan PAS),”tambahnya.

***Lihat dan Dengar Rakaman Temubual Eksklusif dengan Sarjan (B) Ab Khalid di Buletinonline Channel

***Lihat Video Dokumentari Rampasan dan Perobohan Rumah Tahun 2005